Kontinjen Malaysia dinobatkan juara keseluruhan temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2012 yang menutup tirainya Khamis.
Malaysia melakar kejayaan cemerlang dengan meraih 60 kilauan emas, 48 perak dan 72 gangsa, melepasi sasaran 36 emas yang ditetapkan sebelum ini.
Vietnam di tangga kedua dengan 56 emas, 35 perak dan 28 gangsa, diikuti Thailand dengan 45 emas, 52 perak dan 56 gangsa.
Kejayaan kontinjen Malaysia menjuarai temasya dwitahunan yang kali ini dihoskan Laos itu merupakan yang pertama dilakar di luar negara.
Ketua kontinjen Malaysia Prof Dr Yahaya Ibrahim memberitahu wartawan Malaysia beliau amat gembira dan berpuas hati dengan pencapaian luar biasa atlet negara yang merupakan mahasiswa institusi pengajian tinggi.
"Saya tidak menjangka kita menjadi juara keseluruhan. Kontinjen melepasi sasaran pingat emas ke-36 kemudian mereka membuat kejutan raih emas ke-45 keesokan harinya. Saya percaya faktor sokongan semua pihak membakar semangat atlet kita untuk berhempas pulas sehingga meraih emas ke-60 semalam," katanya.
"Di pihak Kementerian Pengajian Tinggi, kita yakin langkah memperkenalkan dasar Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) di setiap universiti membuktikan sistem itu berjaya," kata Yahaya.
Kali terakhir kontinjen negara muncul juara ialah pada 2008 ketika Malaysia menjadi tuan rumah AUG.
Upacara penutup AUG edisi Laos bertema 'We Are Asean Family' berlangsung meriah di Stadium Kompleks Sukan Nasional, Vientiane. Ia disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Laos, Asang Laoly.
Ia turut menyaksikan Presiden Majlis Sukan Universiti Asean Datuk Prof Dr Kassim Md Mansor menyerahkan bendera kejohanan kepada Pengerusi Jawatankuasa Sukan Nasional Sumatera Selatan, Indonesia, Muddai Madang.
Indonesia akan menjadi tuan rumah AUG ke-17 pada 2014.
Turut hadir Duta Malaysia ke Laos Datuk Than Tai Hing.
Bernama
Fri Dec 21 2012
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Demam tak halang Bryan sambar emas di AUG 2024
Atlet berusia 21 tahun itu berkata beliau tidak menjangka mampu menamatkan aksi hari ini dengan kilauan emas.

Sukan Universiti Asean: Low Zheng Yong raih emas pertama negara
Perenang negara Low Zheng Yong meraih emas sulung Malaysia pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2022 menerusi acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki di kampus Ban Yang Noi di sini hari ini.

Kontinjen Malaysia lega sasaran 40 pingat emas tercapai
Kontinjen Malaysia boleh menarik nafas lega apabila berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas pada temasya Sukan AUG ke-17.

M'sia tekad akhiri dominasi Thailand dalam takraw Sukan AUG 2014
Skuad sepak takraw universiti negara tekad mahu menaikkan semula prestasi sukan tradisi itu serta memecahkan dominasi Thailand pada temasya Sukan Universiti Asean.
Malaysia juara keseluruhan AUG 2012
Malaysia melakar kejayaan cemerlang dengan meraih 60 kilauan emas, 48 perak dan 72 gangsa, melepasi sasaran 36 emas yang ditetapkan sebelum ini.