Malaysia memulihkan semula prestasi terumbang-ambing apabila layak ke pentas final dengan menewaskan Austria 3-1 pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Hoki Siri Final Lelaki FIH 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.
Kemenangan yang cukup berdebar di hadapan 3,000 penyokong tempatan itu bukan sahaja membolehkan skuad Malaysian Tigers menempah slot final menentang Kanada esok, malah menggenggam tiket automatik ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, November ini.
Malaysia dan Kanada meraih dua slot ditawarkan ke kempen kelayakan Sukan Olimpik menerusi kejohanan ini.
Sebelum ini, Kanada bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk meleburkan rekod bersih Itali dengan kemenangan 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Selepas diaibkan Itali 4-2 pada pusingan peringkat kumpulan B dan mengharungi pusingan play-off mengatasi Wales 2-1, Malaysia tampil malam ini dengan penuh bersemangat dan menyakinkan pada suku pertama perlawanan.
Malaysia melancarkan gerakan kemas dan mula mengasak sebelum peluang terbaik hadir pada minit ke-11 apabila pukulan kencang Azrai Aizad Abu Kamal terkena tiang gol, disusuli percubaan oleh Fitri Saari.
Menerusi gerakan beberapa saat selepas itu, Malaysia dihadiahkan pukul sudut penalti dan Faizal Saari tidak melakukan kesilapan dengan jaringan pertama.
Ketika pemain Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi diperintah duduk di 'sinbin' (penggantungan sementara) selepas dikenakan kad hijau pada minit ke-31, Austria mengambil kesempatan untuk menyamakan kedudukan seminit kemudian menerusi Leon Thornblom.
Kedudukan terikat itu berlarutan sehingga akhir suku ketiga bagaikan perlawanan akan diheret ke penentuan penalti, namun Muhammad Marhan Jalil menyelamatkan keadaan apabila berada di kedudukn tepat untuk menolak masuk percubaan pukulan sudut penalti Faizal pada minit ke-56.
Meor Muhammad Azuan Hassan mengesahkan kemenangan Malaysian Tigers apabila melakukan jaringan padang pada minit ke-58.
Ketua jurulatih negara Roelant Oltmans berkata, selepas gol penyamaan, saingan bertambah lebih sengit dengan kepantasan permainan menjadi faktor penentu.
"Saya meminta pemain supaya meningkatkan kepantasan pada suku ketiga dan keempat dan ini menyebabkan Austria tidak dapat menandingi kita.
"Oleh itu rentak perlawanan membawa perbezaan. Austria cuba memperlahankan rentak dengan menguasai pergerakkan bola tetapi kita meneruskan rentak pantas serta barisan pertahanan menampilkan aksi yang cemerlang untuk menyerap asakan penyerang Austria, "katanya.
Sementara itu jurulatih Kanada, Paul Bundy, berazam menebus kekecewaan tewas dua kali kepada Malaysia pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Mac lalu.
"Kali ini kita berharap untuk mengubah keputusan pada pertemuan ketiga selepas aksi di Ipoh itu. Selepas sampai ke tahap ini, kita sudah pasti mahu memburu gelaran ini," katanya.
Pada saingan Piala Sultan Azlan Shah, Malaysia menewaskan Kanada 3-2 pada pusingan awal dan 4-2 pada penentuan tempat ketiga.
Pada final esok, Malaysia dan Kanada akan bertemu pada jam 8.05 malam manakala perlawanan penentuan tempat ketiga antara Itali dan Austria akan berlangsung jam 5.50 petang. -- Bernama
Bernama
Fri May 03 2019
Marhan Jalil (dua, kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol di gawang Austria sewaktu perlawanan separuh akhir Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Siri Akhir Lelaki Kuala Lumpur 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. - BERNA
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
4 maut pesawat ringan terhempas di pergunungan Austria
Kesemua empat penumpang sebuah pesawat ringan terbunuh dalam nahas di kawasan pergunungan di utara Austria, kata pihak berkuasa, lapor dpa.
Duta Austria mahu perkukuh persahabatan Malaysia-Austria
Hubungan Malaysia-Austria telah berkembang dengan baik sejak hubungan dua hala terjalin pada 1962, terutama dari segi ekonomi.
Kedah terus terima pelaburan besar walaupun pandemik - Sanusi
Kedah terus menerima pelaburan besar walaupun dalam persekitaran pandemik COVID-19 dan terkini membabitkan projek bernilai RM8.5 bilion dari syarikat Austria.
Berdiri dalam kotak dipenuhi ais, lelaki Austria ini cipta rekod baharu!
Josef Koeberl, 42, berjaya menahan diri dalam suhu sejuk itu selama dua jam, 30 minit dan 57 saat.
MotoGP: Saya anggap diri saya amat bertuah - Morbidelli
"Saya mengalami bengkak, tetapi semuanya baik. Melihat pada rakaman kemalangan itu, saya bersyukur selamat."
Pengeluar tudung tempatan perkenal tudung bernilai RM100,000
Tudung itu diperbuat daripada fabrik voile berdiameter 1.14 meter, ditaburi 7,512 kristal Swarovski pelbagai warna dan bentuk.
Austria catat dua jangkitan pertama COVID-19
Pasangan dari Bergamo di Lombardy itu telah berpindah ke Austria pada Jumaat dan kini dirawat di Innsbruck.
Berbakat sungguh! Panda di zoo Austria hasilkan lukisan berharga ratusan Euro!
Hampir 100 karya lukisan Yang Yang telah dijual secara dalam talian pada harga 490 Euro (RM2,340) setiap satu.
Anggota polis di Jerman cedera ditembak rakan setugas
Mereka telah masuk ke gereja itu susulan kehadiran seorang lelaki warganegara Austria berusia 53 tahun yang memegang pisau dan bertindak menjerit-jerit di dalam gereja.