Skuad berpasukan campuran negara melakar sejarah apabila dinobatkan juara selepas menewaskan Hong Kong 2-1 di final Kejohanan Skuasy Universiti Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Sanjay Singh Chal yang turun sebagai pemain ketiga negara menjadi wira selepas berjaya menundukkan pemain Hong Kong, Wong Chi Him dalam perlawanan yang cukup mendebarkan setelah kedudukan terikat 1-1.
Beliau terpaksa bermain lima set sebelum mengesahkan kejuaraan milik Malaysia. Sanjay cemerlang di set pertama apabila menang 11-8 sebelum tewas dua set berikutnya 4-11 dan 1-11.
Sanjay kemudian bangkit pada set keempat dan kelima dengan kemenangan 11-9 dan 11-7.
Terdahulu, Ivan Yuen yang turun sebagai pemain pertama negara terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Yip Tsz Fung apabila tewas straight set 11-6, 11-8, 11-9.
Namun Malaysia bangkit apabila pemain perseorangan wanita, Low Wee Wern menyamakan kedudukan 1-1 dengan kemenangan mudah 11-5, 11-4, 11-5 ke atas Tong Tsz Wing dalam pertarungan selama 32 minit.
"Turun sebagai pemain ketiga yang juga sebagai penentu memang ada tekanan, namun selepas menang set pertama...saya seakan-akan hilang punca pada set kedua dan ketiga.
"Ketika rehat sebelum memulakan set keempat, jurulatih, Ong Beng Hee berkata kepada saya: "Apa yang anda lakukan? Anda bermain dalam perlawanan ini, jadi buktikan anda benar-benar layak beraksi untuk Malaysia di gelanggang ini," kata Sanjay.
Kemenangan itu memastikan tuan rumah menjulang kejuaraan itu buat pertama kali dalam sejarah kejohanan berkenaan.
"Secara peribadi saya merasakan prestasi skuad berpasukan ini sangat baik...semua pemain bermain bermati-matian dan status 'under dog' ini memberikan kelebihan buat kami mencipta kejutan di kejohanan ini," kata Sanjay.
Ini adalah pingat emas kedua negara selepas Wee Wern menyumbang emas pertama dalam acara perseorangan wanita Khamis lepas. Selain itu, Malaysia turut meraih satu perak dan satu gangsa, masing-masing menerusi Ivan (perseorangan lelaki) dan Nazihah Hanis Abd Razak (perseorangan wanita).
Bernama
Sun Sep 11 2016

Pemain muda negara ini mengharumkan nama negara di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia lakar sejarah muncul juara berpasukan Kejohanan Skuasy Universiti Dunia
Skuad berpasukan campuran negara melakar sejarah apabila dinobatkan juara di final Kejohanan Skuasy Universiti Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Wee Wern tamat kemarau gelaran di Kejohanan Skuasy Universiti Dunia
Pemain wanita negara, Low Wee Wern menamatkan kemarau gelaran 10 tahun untuk Malaysia di Kejohanan Skuasy Universiti Dunia.