Kontinjen negara melepasi separuh daripada sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan pada Sukan SEA ke-27 di sini apabila menambah enam pingat emas, Ahad.
Pencapaian membanggakan kontinjen Malaysia bermula di Stadium Sukan Wunna Theikdi dalam acara olahraga yang membuka tirai hari ini, menyaksikan Muhammad Irfan Shamsuddin meraih emas acara lempar cakera.
Penuntut jurusan perniagaan Universiti Malaya berusia 18 tahun itu juga mencipta sejarah menjadi atlet termuda negara meraih pingat emas dalam acara olahraga pada temasya dwitahunan itu.
Lebih membanggakan, beliau turut membuat kejutan apabila balingannya sejauh 53.16 meter itu memecahkan rekod kebangsaan 49.90 meter yang diciptanya pada Kejohanan Olahraga Terbuka Brunei, baru-baru ini.
Barisan atlet karate juga tidak menghampakan apabila menghadiahkan sebutir emas dalam acara kumite wanita berpasukan, menjadikan keseluruhan skuad berkenaan meraih tujuh emas acara berkenaan yang menutup tirai, Ahad.
Pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari turut tersenarai sebagai penyumbang emas kepada negara di samping atlet bina badan, Wong Hoeng Ngai, perenang Christina Loh Yen Ling dan atlet snuker, Thor Chuan Leong.
Dalam pada itu, atlet angkat berat wanita Frenceay Titus boleh berbangga apabila mencipta rekod baharu kebangsaan walaupun gagal meraih pingat selepas menduduki tempat keempat bagi kategori 58kg.
Angkatan bebanan seberat 82kg dalam acara snatch, memadamkan rekod 81kg yang dilakukannya pada Sukan Malaysia (Sukma) Pahang 2012.
Selepas 12 hari temasya tersebut berlangsung, Malaysia mengutip keseluruhan 24 pingat emas, 16 perak dan 40 gangsa.
Thailand masih mendahului dalam carta kedudukan pingat keseluruhan dengan 45 emas, 41 perak dan 40 gangsa, meninggalkan Myanmar di tempat kedua selepas meraih 38 emas, 31 perak dan 35 gangsa.
Vietnam merampas kedudukan ketiga dari Indonesia apabila mengutip keseluruhan 36 emas, 32 perak dan 41 gangsa. Indonesia di tempat keempat dengan 32 emas, 47 perak dan 44 gangsa.
Dalam pada itu, skuad Harimau Muda yang dalam misi mempertahankan pingat emas sekadar seri 1-1 menentang Singapura. Malaysia akan berdepan Vietnam pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan A, Selasa ini.
Pingat emas acara recurve individu lelaki sudah berada dalam genggaman selepas dua peserta negara - Khairul Anuar Mohamad dan Atiq Bazil Bakri – akan bertarung sesama sendiri di final, Isnin.
Skuad sepak takraw negara yang sebelum ini diaibkan dalam acara berpasukan, pula akan turun menentang Thailand di pentas akhir bagi merebut pingat emas acara antara regu, esok.
Bernama
Sun Dec 15 2013

Peserta Karatedo negara, S. Shree Shavmini ceria selepas mengungguli acara Kumite Individu Wanita 68kg dengan meraih pingat emas --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Trio 'Robin Hood' negara raih perak
Trio 'Robin Hood' Malaysia gagal menyaingi kehebatan pemanah China pada aksi akhir acara recurve lelaki berpasukan.

Malaysia lepasi separuh sasaran 40 pingat emas hari ke-12 Sukan SEA
Kontinjen negara melepasi separuh daripada sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan pada Sukan SEA ke-27 di sini apabila menambah enam pingat emas semalam.