Selepas menumbangkan tiga pemain pilihan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin akhirnya akan diuji oleh jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei di pentas final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia Masters di sini esok.
Dalam aksi separuh akhir di SPICE Arena di sini hari ini, Iskandar meneruskan rentak cemerlangnya apabila mengejut pilihan kedua dari India, K. Srikanth, dengan straight set 27-25, 21-19.
Pencapaian di luar jangkaan itu akan menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu berdepan dengan Chong Wei yang turut melangkah ke final selepas menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-19, 21-15 dalam masa 58 minit.
Selepas hampir menamatkan karier badmintonnya tahun lepas, harapan Iskandar kembali bersinar pada kejohanan ini apabila mengejutkan pemain ke-12 dunia, Son Wan Ho dari Korea Selatan pada pusingan pertama.
Juara kebangsaan itu kemudian menyingkirkan pemain Indonesia, Anthony Ginting pada puingan kedua disusuli pemain China, Xue Song di pusingan ketiga.
Pemain negara itu mengekalkan momentum kejayaan apabila menyingkirkan pemain ke-18 dunia, Ng Ka Long dari Hong Kong pada perlawanan suku akhir semalam.
Sokongan padu
Mendapat sokongan padu ribuan penonton tempatan, Iskandar turun ke gelanggang dengan lebih tenang biarpun terpaksa mengheret set pertama hingga ke mata dius ketika terikat 20-20.
"Pada ketika itu, ia bergantung kepada kekuatan mental. Dia (Srikanth) pun banyak menekan saya dan saya pun ada buat kesilapan.
"Saya cuma beranikan diri pada situasi macam ini. Sebab selalu kalau mata dius, saya kalah, tapi kali ini saya berjaya," katanya kepada pemberita selepas pertarungan selama 48 minit itu.
Mengenai perlawanan final dengan Chong Wei, Iskandar menginginkan satu keajaiban berlaku untuk menundukkan bekas pemain nombor satu dunia itu.
Katanya beliau memang berharap dapat bermain dengan Chong Wei yang dianggap sebagai 'abang' yang banyak memberi dorongan kepada kebangkitan beliau.
Malah, Iskandar berkata banyak perkara yang dapat dipelajari daripada pertemuan itu bagi membantu mematangkan permainannya.
Walaupun sering berlatih bersama dengan Chong Wei, katanya pemain ranking kelima dunia itu tidak pernah mengambil mudah dan tidak memberi peluang kepada lawannya untuk menang.
Semangat luar biasa
Dalam pada itu, Chong Wei menyifatkan aksi final dengan rakan sepelatih itu tidak mudah memandangkan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh Iskandar sejak pusingan pertama.
"Dia (Iskandar) menampilkan persembahan terbaik sejak pusingan pertama sehingga dapat mengecewakan beberapa pemain pilihan. Saya harap dia boleh mengekalkan semangat kental serta aksi terbaiknya," katanya.
Sementara itu, beregu profesional negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berada di landasan yang betul untuk merebut gelaran pertama tahun ini apabila mara ke final.
Walaupun kurang gemar beraksi dengan pasangan Korea Selatan, namun beregu bekas nombor satu dunia itu berjaya mengejutkan pilihan utama kejohanan yang juga ranking ketujuh dunia, Kim Gi Jung/Kim Sa Rang 15-21, 21-18, 21-16.
"Kami terlalu berhati-hati pada set pertama dan apabila kalah set pertama, saya kata pada Kien Keat, kita main cara kita sajalah," kata Boon Heong.
Beregu negara itu akan melakukan perhitungan akhir dengan beregu Indonesia, Gideon Markus Fernaldi/Kevin Sanjaya Sukamuljo yang sebelum itu mengalahkan beregu Jepun, Takeshi Kamura/Keigo Sonoda dengan 21-7, 21-17 di peringkat separuh akhir.
Bernama
Sat Jan 23 2016

Iskandar menyifatkan Chong Wei sebagai 'abang' yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepadanya. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.