PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon hari ini menuntut janji yang diberikan bahawa kualiti padang akan berada dalam keadaan terbaik, bagi perlawanan pusingan kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Pan Gon berkata beliau tidak melihat keadaan terkini Stadium Nasional, namun telah dijanjikan oleh mereka yang terlibat bahawa padang itu akan sedia digunakan untuk perlawanan esok.
"Saya tidak lagi melihat padang, juruteknik hari itu menjanjikan kepada saya beliau akan berikan padang yang baik, kami perlukan padang yang baik, jadi kami harapkan esok akan dapat melihat padang yang bagus," kata jurulatih berusia 54 tahun dari Korea Selatan, pada sidang media praperlawanan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keadaan padang Stadium Nasional, yang menjadi topik hangat pelbagai pihak berikutan tersebarnya imej dan video keadaan padang yang kurang memuaskan baru-baru ini.
Sementara itu Ketua Jurulatih Oman Jaroslav Silhavy berkata pasukannya tidak dapat menjalani sesi latihan rasmi di Stadium Nasional.
Bekas ketua jurulatih Czech Republik yang membimbing Oman menewaskan Malaysia 2-0 di Muscat Jumaat lepas (waktu Malaysia) berkata mereka tidak mendapat kebenaran untuk menguji padang sebelum perlawanan, kerana dimaklumkan bahawa ia tidak berada dalam keadaan yang terbaik.
"Semalam kami dimaklumkan kami tidak akan berlatih di sana (Stadium Nasional) kerana padang tidak dalam keadaan baik untuk latihan, untuk Malaysia ataupun Oman, situasi tidak bagus untuk kedua-dua pasukan," kata jurulatih berusia 62 tahun itu.
Berdasarkan maklumat disediakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan kebangsaan akan menjalani latihan di sini, manakala Oman pula di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).
Kumpulan D menyaksikan Oman, Kyrgyzstan dan Malaysia berkongsi enam mata pada tiga kedudukan tertinggi kumpulan dengan perbezaan gol, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024

Ketua Jurulatih Malaysia Kim Pan Gon pada sidang media perlawanan antara Malaysia dan Oman pada Kelayakan Piala Dunia 2026/Sukan Asia 2027 di Wisma FAM hari ini. - Foto Bernama

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.

Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.

Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.

Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.

Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.

Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.

Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.

Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.