KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan rentak cemerlang selepas meraih kemenangan kedua menewaskan Latvia 5-0 dalam saingan Kumpulan A Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2022 di Sepanyol, pada Selasai.
Skuad remaja negara meraih mata pertama menerusi beregu campuran Choi Jian Sheng-Lai Ting Cen yang mengecewakan Rihards Zugs-Arina Babre 21-12, 21-8 dalam perlawanan di Paalcio de Deportes de Santander.
Pemain perseorangan lelaki Justin Hoh meraih kemenangan mudah ke atas Toms Salam 21-4, 21-3 untuk mata kedua diikuti perseorangan wanita Siti Nurshuhaini Azman yang menyumbang mata ketiga dengan kemenangan 21-10, 21-8 ke atas Anna Kupca.
Gandingan Muhammad Fazriq Mohamad Razif-Wong Vin Sean melebarkan mata buat skuad negara selepas menundukkan beregu lelaki Latvia, Edzus Meirans-Rihards Zugs 21-11, 21-7 sebelum beregu wanita Ong Xin Yee-Carmen Ting melengkapkan kemenangan menewaskan Arina Babre-Anna Kupca 21-4, 21-8.
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, juara bertahan Indonesia mudah mengalahkan Sweden 5-0.
Malaysia yang memulakan kempen dalam saingan Kumpulan A menewaskan Sweden 5-0 pada Isnin, akan berdepan Indonesia hari ini, bagi merebut slot ke suku akhir.
Sebanyak 38 negara diundi dalam lapan kumpulan mengambil bahagian dalam acara berpasukan campuran itu.
Setiap juara kumpulan akan mara ke suku akhir manakala naib juara pula berentap dalam penentuan tempat 9-16, tempat ketiga akan bersaing merebut tempat 17-24 manakala tempat keempat dan kelima masing-masing akan menentukan kedudukan 24-32 dan 33-38.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022

Skuad remaja negara meraih mata pertama menerusi beregu campuran Choi Jian Sheng-Lai Ting Cen yang mengecewakan Rihards Zugs-Arina Babre 21-12, 21-8. - Foto Facebook/Badminton Association of Malaysia

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Malaysia raih kemenangan kedua, kalahkan Latvia 5-0
Malaysia akan berdepan Indonesia hari ini, bagi merebut slot ke suku akhir.