Kontinjen negara berjaya menepati sasaran naib juara keseluruhan pada Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 yang melabuhkan tirai hari ini walaupun gagal merangkul juara keseluruhan mahupun mencapai sasaran awal 103 pingat emas.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pencapaian kali ini iaitu 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa adalah lebih baik pada edisi 2015 di Singapura dengan Malaysia menduduki tangga ketiga keseluruhan menerusi kutipan 52 emas, 58 perak dan 37 gangsa.
Malaysia terpaksa berpuas hati pada kedudukan kedua keseluruhan pada APG 2017 di belakang Indonesia yang muncul juara dengan kutipan 126 emas, 75 perak dan 50 gangsa manakala juara bertahan, Thailand turun ke tangga ketiga selepas mengumpul 68 emas, 73 perak dan 95 gangsa.
"Terdapat empat faktor yang menyebabkan kita gagal meraih 103 pingat emas iaitu kelemahan dalam pemantauan prestasi pihak lawan disebabkan kekurangan kejohanan di peringkat serantau, jadi ia menyukarkan atlet kita untuk mengukur kekuatan atlet dari negara lain seperti Indonesia dan Thailand," katanya pada sidang media mengenai prestasi atlet negara pada APG 2017 di sini, hari ini.
Tiga faktor lain, jelas Ahmad Shapawi adalah penentuan sukan dan acara yang tiada memberi kelebihan pingat kepada Malaysia selaku tuan rumah seperti catur yang melibatkan 24 acara, boccia (tujuh acara) dan ping pong.
Selain itu adalah kecederaan dan masalah kesihatan yang melibatkan beberapa atlet elit seperti atlet powerlifting, Mohd Shahmil Mohd Saad dan kegagalan atlet yang mempunyai prospek emas dalam beberapa acara seperti bola sepak lima sebelah dan memanah mengawal tekanan beraksi di laman sendiri.
Ahmad Shapawi pada masa sama menegaskan MSN dengan kerjasama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan meneruskan program pembangunan dan latihan untuk beberapa sukan yang gagal mencapai sasaran pada APG 2017 iaitu bola sepak lima sebelah, powerlifting dan ping pong.
"Kita bagaimanapun memerlukan peruntukan dalam memberikan kemudahan latihan yang lebih baik di peringkat negeri," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau memuji prestasi 111 atlet muda yang membuat penampilan sulung pada APG 2017 apabila menyumbang 30 daripada 90 pingat emas keseluruhan sambil mendakwa ia hasil kejayaan program pembangunan berterusan di peringkat negeri sejak 2015 yang turut mendapat kerjasama Persatuan Sukan Dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (Pesron).
Antaranya adalah dua atlet berbasikal para, Muhammad Afiq Afify, 21 dan Muhammad Adi Raimie Amizazahan,17, yang masing-masing menyumbang 2 emas 1 perak dan 1 emas dua perak selain dua atlet olahraga, Eddy Bernard, 16 dan S. Thavanesvaran, 18 yang menyumbang dua pingat emas.
Ahmad Shapawi pada masa sama turut memuji beberapa atlet veteran yang kekal menampilkan aksi cemerlang di laman sendiri seperti dua atlet olahraga, Bajuri Ladis, 43 dan Faridul Masri, 36 yang menyumbang dua emas dalam penampilan keenam pada APG 2017.
Seramai 323 atlet dan 167 pegawai yang diketuai oleh Chef de Mission, Laksamana Pertama (B) Datuk R. Subramaniam mewakili Malaysia pada APG 2017 yang dibuka secara rasmi pada 17 Sept lepas.
Pencapaian pada APG 2017 adalah yang kedua terbaik sejak edisi 2009 yang turut diadakan di Kuala Lumpur yang menyaksikan Malaysia menduduki tangga kedua keseluruhan dengan kutipan 94 emas, 80 perak dan 54 gangsa.
Edisi kali ini turut menyaksikan atlet negara menampilkan aksi cemerlang setelah memperbaharui sembilan rekod temasya iaitu masing-masing enam rekod dalam acara renang, dua rekod (olahraga) dan satu rekod dalam acara powerlifting.
Untuk rekod, Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN sebanyak dua kali iaitu pada edisi 2001 dan 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2017

Shapawi (tengah) bersama Chef de Misson Datuk R. Subramaniam (kiri) dan Timbalannya Mohd Safrushahar Yosoff (kanan) pada sidang media rangkuman penyertaan Kontinjen Para Malaysia pada Sukan Para ASEAN ke 9 KL2017 hari ini. --fotoBERNAMA

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Ahmad Shapawi keluar dari persaraan, rebut jawatan Presiden MPM
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail keluar dari persaraan apabila bakal merebut kerusi nombor satu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.

MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.

MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.

Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.

Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.

Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.

Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.