Kecemerlangan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), melayakkan diri ke pusingan 16 ACLE memacu Malaysia dalam ranking Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahap yang sangat terpuji.
Secara rumusan, aksi pertengahan musim peringkat tertinggi itu meletakkan Malaysia di tangga kesepuluh di atas Iraq dan Australia.
Ini sekali gus, Malaysia berpotensi mempunyai slot dalam kejohanan yang sama serta membuka peluang kepada kelab Liga Malaysia (Liga-M) untuk bermain dalam ACL2 musim depan.
Untuk rekod, Malaysia dan Thailand sahaja selaku wakil Asia Tenggara yang berada dalam ranking negara kelab terbaik Asia.
Negara jiran, Indonesia, berada di tangga ke-25 sebaris dengan Bangladesh, Bhutan dan Maldives. --
Stadium Astro
