KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menjadi tuan rumah kelayakan dunia Piala Asia Baseball5 pertama, iaitu permainan yang menampilkan versi urban dan baharu berbanding perlawanan bercorak klasik sukan besbol dan sofbal, bermula 17 hingga 19 Ogos ini.
Sembilan pasukan, termasuk Malaysia, Jepun dan Korea Selatan akan bersaing untuk tiga tempat teratas di Berjaya Times Square Hotel di sini, dalam usaha untuk menempah tempat ke Piala Dunia Baseball5 sulung di Mexico dari 7-13 Nov.
Presiden Sofbol Asia Datuk Low Beng Choo berkata walaupun sukan itu baru diperkenalkan pada 2017, namun sambutannya cukup baik, terutamanya dengan penyertaan sukan berkenaan dalam Sukan Olimpik Remaja 2026 di Dakar, Senegal.
"Memandangkan ini adalah kejohanan baharu, tiada siapa yang menjadi pasukan kegemaran dalam permainan berpasukan campuran ini. Kami menjangkakan cabaran sengit daripada pasukan yang mengambil bahagian, terutamanya juara Olimpik Tokyo (bola sofbol dan besbol) Jepun, Korea Selatan dan tuan rumah.
"Kejohanan itu sepatutnya diadakan pada 2020 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19. Kini, memandangkan keadaan hampir kembali normal dan, selepas pertandingan sofbol dan besbol yang sangat berjaya dalam Sukan Olimpik Tokyo, kami telah memutuskan untuk meneruskannya," katanya pada sidang akhbar.
Beng Choo berkata sukan mudah dan pantas itu hanya memerlukan tapak, lima pemain setiap pasukan dan bola getah, kerana pemukul akan memukul bola dengan tangan kosong dan tiada pitcher (pemain yang membaling bola) terlibat.
Sesuai dengan slogannya 'Main di Mana-mana saja' sukan ini boleh dimainkan di permukaan gelanggang yang berbeza berukuran 18m x 13m seperti rumput, simen, konkrit dan lantai parket, manakala Piala Asia ditetapkan untuk mencontohi Las Vegas - gaya lantai permaidani ballroom, kata Beng Choo.
Bersama-sama kelayakan Piala Dunia, badan induk Asia dengan kerjasama Persatuan Sofbol Malaysia (SAM), juga akan menganjurkan Seminar Konfederasi Besbol-Softball Dunia (WBSC)-Asia Baseball Joint (Technical-Scorers-Umpires) dari 15 Ogos- 16 dan Mesyuarat Majlis Eksekutif Asia Sofbol pada 16 Ogos.
Sementara itu, Presiden SAM Willeam Mah optimis pasukan Malaysia yang terdiri daripada gabungan pasukan sofbol Sukan SEA 2019 dan pemain universiti, boleh menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik untuk layak ke Piala Dunia di Mexico.
Setakat ini, tuan rumah Mexico, Eropah Perancis dan Lithuania serta Kenya dan Afrika Selatan (benua Afrika) telah layak ke Piala Dunia, manakala tiga negara masing-masing dari Asia dan Amerika serta satu negara mewakili Oceania akan diketahui selepas kelayakan benua masing-masing.
Undian Piala Asia Baseball5:
Kumpulan A: MALAYSIA, Korea Selatan, Thailand.
Kumpulan B: Jepun, Hong Kong, Filipina.
Kumpulan C: Chinese Taipei, Pakistan, Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022

Bersama-sama kelayakan Piala Dunia, badan induk Asia dengan kerjasama Persatuan Sofbol Malaysia akan menganjurkan Seminar WBSC-Asia Baseball Joint (Technical-Scorers-Umpires) dan Mesyuarat Majlis Eksekutif Asia Sofbol pada Ogos. - Foto Facebook

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Malaysia bida tuan rumah Piala Dunia Mobile Legends tahun depan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan cuba sebaik mungkin untuk membawa kejohanan itu ke negara ini.