KALAU ditanya apa yang saya mahu lihat, sudah pasti satu tindakan drastik diambil terhadap institusi sukan di negara ini dengan merombak semula akta sukan, badan sukan sehinggalah ke peringkat kementerian.
Bagi saya, sudah tiba masa ia dirombak kerana kebanyakan persatuan tidak mampu berdiri dengan sendiri, tidak mahir dalam pengurusan dan pemasaran sukan kerana terlampau bergantung kepada dana kerajaan.
Selain itu, wujud dakwaan kebanyakan yang memegang kuasa dalam badan sukan adalah proksi kepada ahli politik sekaligus menyebabkan keputusan yang dibuat seakan ada kepentingan sendiri.
Itu pandangan saya, mungkin sukar untuk dilakukan atau bukan yang terbaik untuk membawa Malaysia ke hadapan namun apa yag pasti, kita dapat lihat bahawa banyak badan sukan yang hanya wujud dengan menagih dana kerajaan.
Kini sudah tiba masa peruntukan untuk sukan tidak lagi bertumpu sepenuhnya kepada pembangunan sukan elit semata-mata dan mengutamakan sukan untuk pembangunan sosial dan ‘sports for all’.
Apakah yang terbaik untuk pembangunan sukan di negara ini?
Bagi Pensyarah di Fakulti Sains dan Rekreasi Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Sadek Mustafa, sukan tidak patut dipinggirkan oleh kerajaan kerana ia adalah bagus untuk pembentukan sosial yang sihat.
“Sukan bukan untuk wang semata-mata kerana ia mewujudkan semangat masyarakat bersatu-padu. Ia adalah penyelamat kepada isu-isu yang dihadapi di negara ini,” kata Sadek menerusi satu temu bual telefon dengan Astro Awani.
“Selain itu sukan adalah elemen amat penting kerana ia menjamin kesihatan rakyat, pembangunan sosial dan sahsiah generasi muda menerusi sukan yang bermain mengikut peraturan dan undang-undang.”
Dengan menumpukan kepada pembangunan sosial menerusi sukan, kesihatan rakyat Malaysia dapat terjamin dengan aktiviti-aktiviti sihat, justeru akses mudah untuk kemudahan dan infrastruktur sukan harus diwujudkan.
Kalau kita lihat sekarang, kemudahan sukan massa untuk masyarakat B40 di kawasan perumahan mereka tidak setanding dengan kepadatan dan nisbah penduduk di kawasan perumahan mereka.
Tambah Sadek, kemudahan sukan dan rekreasi yang ada semakin berkurangan terutama di kawasan bandar dan ada kemudahan terpaksa ditutup untuk dibangunkan kondominium dan pusat membeli-belah, seperti Bandar Tun Razak, Cheras, padang bola sepak dibangunkan kondominium.
“Sebagai negara maju, kita perlu pentingkan sukan dan rekreasi dengan mewujudkan lebih banyak kemudahan untuk rakyat bersukan dan menjalan aktiviti rekreasi. Infrastruktur sukan dan rekreasi perlu ditambah untuk semua bukan pusat beli belah yang diperlukan untuk tujuan pembentukan sosial budaya negara yang sihat,” jelas Sadek.
Bagi saya, sudah tiba atlet negara dan persatuan sukan berjuang demi maruah bangsa dan negara, bukan lagi kerana dana kerajaan dan insentif-insentif yang dijanjikan untuk sebutir pingat.
Dengan kerajaan baharu kini mentadbir negara, apa yang kita boleh harapkan untuk memastikan tiada pembaziran dalam peruntukkan yang diberikan, terutama sekali dalam pembangunan sukan elit dan pelapis?
Program Podium
Program Podium yang paling menjadi perbualan hangat sejurus Malaysia gagal menduduki ranking sepuluh negara terbaik semasa Sukan Komanwel 2018.
Ada yang menyatakan program tersebut perlu dipertanggungjawabkan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) dan bukan Institut Sukan Negara (ISN) seperti yang dicadangkan Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Bagi Khairy, ia perlu kekal sepenuhnya dibawah ISN kerana belum dilaksanakan sepenuhnya dan masih ada lagi program untuk Sukan Asia 2018 Ogos ini di Jakarta dan Palembang.
Sadek bersetuju dengan pandangan Khairy, namun impiannya agar ia dikembalikan kepada MSN.
Bagi Sadek, MSN lebih berpengalaman pengurusan atlet berprestasi tinggi dan ISN perlu teruskan fokus dalam perkhidmatan dan pembangunan sains sukan untuk sukan prestasi tinggi berasaskan kepakaran mereka melalui kajian dan penyelidikan.
“Kita perlu memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk mengetuai Program Podium kerana kita mempunyai ramai individu yang berkelayakan dalam bidang sukan di negara ini.”
“Soalnya sekarang kita masih percaya individu-individu dari negara yang pernah menjajah kita untuk menyatakan kita lakukan sesuatu yang betul atau salah.”
“Adakah kita masih diketegorikan sebagai golongan manusia yang masih rendah tahap intelek, kemahiran dan pengalaman? Di Indonesia dan Jepun mereka meletakkan orang tempatan kerana ini soal maruah negara,” kata Sadek.”
Tambah Sadek, kerajaan baharu perlu berani menukar budaya ini dengan memperkasakan orang tempatan, mengaku apa yang salah dan cuba perbaiki kelemahan yang ada dalam pengurusan sukan di negara ini.
“Jika kita ambil pakar luar, sudah pasti ‘transfer of knowledge’ tidak akan berlaku kerana mereka tidak akan mendedahkan semua kepakaran mereka. Jika tidak mereka tidak boleh mencari ‘makan’ di tempat lain. Pengurusan sukan bukan seperti di universiti di mana sesi pembelajaran diadakan dan pengetahuan diberikan.” jelas Sadek lagi.
Bagi wartawan sukan bebas, Haresh Deol pula, penilaian terhadap program podium hanya boleh dibuat selepas Sukan Asia untuk melihat sama ada ia mampu mencapai KPI yang ditetapkan.
Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)
Seterusnya kita melihat sukan nombor satu negara, bola sepak yang dibangunkan menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
Haresh berasa NFDP adalah dasar sukan yang baik dan dimulakan sejak Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek lagi.
Bagaimanapun operasinya harus dikaji semula sama ada ia kos efektif dan pegawai-pegawai yang bertugas mempunyai kredibiliti untuk menguruskannya.
Sadek pula mahu satu audit forensik perlu dilakukan terhadap NFDP oleh pihak yang berkecuali.
“NFDP perlu diteruskan namun kita perlu adakan audit forensik terhadap operasi kewangan, pembangunan modal insan,kejurulatihan, kualiti dan penerapan pembudayaan dalam NFDP. Adakah perbelanjaan yang dikeluarkan setanding dengan hasilnya setakat ini?” kata Sadek.
Aspek pembudayaan Malaysia dalam NFDP amat penting dari aspek psikologi dalam pembangunan pelatih dalam program tersebut.
Jadi, adakah kita perlu kementerian yang melihat pembangunan aspek belia dan sukan?
Walaupun barisan kabinet kerajaan baharu tidak mengumumkan lagi masa depan pentadbiran sukan negara dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), ini adalah masa terbaik untuk melakukan revolusi bagi cara kita menguruskan pembangunan sukan di negara ini.
Bagi Haresh, beliau berpendapat KBS harus dikekalkan cuma ia perlu mengutamakan sukan untuk semua ataupun ‘sports for all’ dan bukan hanya sukan untuk atlet elit sahaja.
Apapun, Haresh juga mahu atlet perlu belajar untuk menjadi lebih profesional dan persatuan sukan harus mampu berdiri dengan sendiri tanpa mengharapkan dana kerajaan semata-mata.
Sudah tiba masa kita hentikan pelaburan berjuta-juta ringgit untuk janji-janji emas di peringkat antarabangsa kerana di peringkat pegurusan dan pembangunan kita masih lagi tidak stabil.
RM20 juta sudah gagal dalam program Road to London 2012, sekarang kita menantikan adakah pelaburan lebih RM200 juta untuk Program Podium berbaloi untuk masa depan.
Fikir-fikirkan ...
Ian Johan Ariff
Fri May 18 2018
Masa untuk perubahan bagi sukan negara. - Gambar fail
Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan.
Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.
[TERKINI] Israel tunggu senarai tebusan, lengahkan laksana gencatan senjata
Prof Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Kamaruzzaman Yusof berkongsi analisis mengenai tindakan Israel melengahkan gencatan senjata, dan menggunakan alasan menanti senarai tebusan dari Hamas.
Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.
Amaran hujan berterusantahap buruk di Sarawak sehingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ramalan cuaca signifikan yang mengakibatkan amaran hujan berterusan (buruk) di Sarawak sehingga esok.
AISSE 25 inisiatif strategik sokong Malaysia pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan
Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE 25) merupakan inisiatif strategik yang mendokong tujuan membariskan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan.
[TERKINI] Polis tidak boleh periksa telefon bimbit tanpa alasan sah - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pegawai polis tidak boleh memberhentikan individu secara sembarangan untuk memeriksa telefon bimbit mereka tanpa alasan yang sah.
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.
Puluhan penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu bangunan mahkamah di Seoul awal pagi Ahad selepas mahkamah melanjutkan penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
Houthi dakwa lakukan serangan kelapan di Laut Merah
Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman mendakwa pihaknya telah melakukan serangan kelapan ke atas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah pada awal pagi Ahad.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Paralimpik Paris 2024: S. Suresh tampil beri penjelasan tidak guna teknologi ISN
Suresh menjelaskan, ISN sebenarnya menyediakan grip baru tetapi dia memilih untuk tidak menggunakannya.
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni akan terima sokongan penuh - Hamidin
Pihak ISN juga akan menyediakan perkhidmatan dukungan penuh kepada atlet berusia 36 tahun itu yang berdepan dengan situasi sukar ini.
Olimpik Paris: ISN guna khidmat Dr Jeffrey pantau situasi Mohd Azizulhasni
ISN akan menggunakan khidmat Dr Jeffrey Jeswant Dillon untuk memantau situasi jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang di Olimpik Paris nanti.
KBS pastikan Faisal Halim dapat rawatan percuma di ISN - Hannah
Hannah berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.
Kod Sukan Selamat: Tiada lagi isu disembunyikan 'bawah karpet' - ISN
ISN mempunyai peranan sebagai pihak yang beri kesedaran kepada atlet, jurulatih dan pihak berkepentingan menerusi program pendidikan awam.
ISN wujudkan Klinik Kesihatan Wanita pertama untuk atlet
Institut Sukan Negara (ISN) mewujudkan Klinik Kesihatan Wanita yang pertama sebagai inisiatif menangani isu-isu kesihatan atlet wanita di Pusat Perubatan Sukan Negara, ISN.
Kaji semula peranan ISN - KHM
KHM meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengkaji semula semula peranan ISN dalam membantu latihan skuad kebangsaan pelbagai peringkat dalam menghadapi kejohanan antarabangsa.
Cuaca panas: ISN nasihat penggiat sukan, atlet ambil langkah pencegahan semasa aktiviti sukan
Penggiat sukan dinasihatkan mengambil langkah pencegahan semasa melakukan aktiviti luar bagi mengurangkan akibat cuaca panas terik.