KUALA LUMPUR: Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand hari ini.
Kemenangan itu sekali gus memberi tiga mata buat pasukan negara yang diberi julukan Malaysian Tigress dalam misi mereka merebut kejuaraan sekali gus memperbaiki pencapaian tahun lepas iaitu di tempat ketiga, dan menempah tiket ke kejohanan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan Wanita di Croatia tahun depan.
Ketua pengendali Mohd Rodzhanizam Mohd Rodzi berkata pemainnya mempamerkan disiplin yang baik, memudahkan skuad negara mengecapi kemenangan besar pada aksi pembukaan itu.
Beliau berkata kemenangan itu bakal menambah keyakinan pasukan dalam menghadapi perlawanan kedua Kumpulan A menentang Oman petang ini.
"Pemain sedar mengenai jaringan penting dalam perlawanan ini. Setiap peluang yang dimiliki berjaya diambil, tetapi masih lagi ada beberapa kesilapan yg dilakukan, namun pemain dapat atasi dengan baik. Pemain telah bermain dengan baik.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh, dan tidak akan memberi peluang kepada Pasukan Oman petang nanti. Pemain juga tidak boleh mengambil mudah cabaran padukan lawan," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini.
Terdahulu pada aksi yang berlangsung di Thailand National Sport University (TNSU) Kampus Chonburi, menyaksikan Malaysian Tigress tidak menunggu lama untuk membolosi gawang pasukan lawan menerusi jaringan padang Nur Atira Mohamad Ismail pada minit pertama yang turut meledak empat lagi jaringan pada minit ke-15, 28, 34, dan 36.
Jaringan lain disumbang oleh Raja Norsharina Raja Shahbuddin (3', 25'), Iren Hussin (4', 30', 38'), Siti Nur Arfah Mohd Nor (5' 11' 19' 20' 20' 27'), Putri Nur Batrisyia Nor Nawawi (7', 28' 32'), Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun (9', 40'), Nuraslinda Said( 13'), Juliani Mohamad Din (22' 35') dan Fazilla Sylvester Silin (40').
Esok Malaysian Tigress yang diundi dalam Kumpulan A akan berentap dengan pasukan Kazakhstan dan Iran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Kemenangan itu sekali gus memberi tiga mata buat pasukan negara yang diberi julukan Malaysian Tigress.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.

ACT Wanita: Malaysian Tigress tewas kepada China 0-5
China yang memulakan aksi dengan garang membolosi gawang skuad negara pada minit ke-12 menerusi jaringan padang Yu Anhui.

Malaysian Tigress belasah Vietnam 25-0 di Piala Asia 2024
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand hari ini.

Malaysian Tigress tumpas 0-3 kepada Kanada
Pasukan Kanada membuka jaringan seawal minit ketiga apabila Sara McManus menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Malaysian Tigress mula langkah kiri di Sepanyol
Skuad hoki wanita negara bermula dengan langkah kiri pada kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mencatatkan kekalahan besar 0-7 kepada tuan rumah Sepanyol, hari ini.

ACT: Malaysian Tigress ikat Korea Selatan 1-1
Mohd Nasihin berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan pemain namun mengakui perancangan lebih rapi perlu diatur.

Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik
Jaringan lewat permainan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia di tempat kelima.

Sukan SEA: Malaysian Tigress hampiri kejayaan raih emas
Pasukan hoki wanita kebangsaan berada di landasan tepat untuk merangkul pingat emas selepas mengesahkan tempat di final dengan kejayaan menewaskan Thailand 3-0.

Hoki: Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan tumbang 1-2 di tangan Ireland
Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan tewas 1-2 kepada Ireland pada aksi klasifikasi Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Afrika Selatan.

Skuad Malaysian Tigress perlukan pemain yang patuh taktik permainan - Ketua jurulatih
Barisan Skuad Projek Khas Hoki Wanita Kebangsaan memerlukan pemain yang bukan sahaja berdisiplin malah berdisiplin dalam mematuhi taktik permainan yang diatur.