KUALA LUMPUR: Persekutuan Hoki Asia (AHF) memberi pengiktirafan khas kepada skuad Hoki Projek Khas Wanita negara yang sedang beraksi di kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita (ACT) di Donghae, Korea Selatan.
Anugerah Pengiktirafan Khas itu diberikan sebagai penghormatan kepada Malaysian Tigress atas dedikasi, usaha, kesanggupan dan kerjasama mereka menyertai kejohanan walaupun tidak dibenarkan beraksi dalam dua perlawanan berdepan China dan India, selepas Nurul Faezah Shafiqah Khalim disahkan positif COVID-19.
"Ia adalah minggu yang sukar buat atlet dan pasukan Malaysia yang telah membuat persiapan rapi selama berbulan-bulan dan mengembara ke Donghae, Korea Selatan untuk saingan Trofi Juara-juara Asia.
"Susulan keadaan tidak diduga, pasukan Malaysia tidak dapat mengambil bahagian pada hari pertama dan kedua kejohanan itu." menurut AHF dalam kenyataan hari ini.
Pada Ahad lepas (5 Dis), skuad hoki wanita kebangsaan tidak dibenarkan turun menentang China oleh penganjur selepas seorang daripada pemain negara disahkan positif COVID-19 ketika ketibaan pada 29 Nov, yang menyebabkan seluruh pasukan negara dikuarantin sejak 1 Dis.
Malaysia juga terlepas perlawanan kedua berdepan India semalam, tapi akan berdepan Jepun esok, diikuti Korea Selatan (9 Dis) dan Thailand (11 Dis) dalam saingan enam pasukan itu.
Pencapaian terbaik skuad negara adalah kedudukan pingat gangsa pada edisi 2013, manakala pada edisi 2018, skuad The Malaysia Tigress menamatkan saingan di tempat keempat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021

Anugerah Pengiktirafan Khas itu diberikan sebagai penghormatan kepada Malaysian Tigress atas dedikasi, usaha, kesanggupan dan kerjasama mereka menyertai kejohanan. - Facebook / Malaysian Tigress - Hockey

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.

ACT Wanita: Malaysian Tigress tewas kepada China 0-5
China yang memulakan aksi dengan garang membolosi gawang skuad negara pada minit ke-12 menerusi jaringan padang Yu Anhui.

Malaysian Tigress belasah Vietnam 25-0 di Piala Asia 2024
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand hari ini.

Malaysian Tigress tumpas 0-3 kepada Kanada
Pasukan Kanada membuka jaringan seawal minit ketiga apabila Sara McManus menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Malaysian Tigress mula langkah kiri di Sepanyol
Skuad hoki wanita negara bermula dengan langkah kiri pada kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mencatatkan kekalahan besar 0-7 kepada tuan rumah Sepanyol, hari ini.

ACT: Malaysian Tigress ikat Korea Selatan 1-1
Mohd Nasihin berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan pemain namun mengakui perancangan lebih rapi perlu diatur.

Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik
Jaringan lewat permainan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia di tempat kelima.

Sukan SEA: Malaysian Tigress hampiri kejayaan raih emas
Pasukan hoki wanita kebangsaan berada di landasan tepat untuk merangkul pingat emas selepas mengesahkan tempat di final dengan kejayaan menewaskan Thailand 3-0.

Hoki: Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan tumbang 1-2 di tangan Ireland
Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan tewas 1-2 kepada Ireland pada aksi klasifikasi Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Afrika Selatan.

Skuad Malaysian Tigress perlukan pemain yang patuh taktik permainan - Ketua jurulatih
Barisan Skuad Projek Khas Hoki Wanita Kebangsaan memerlukan pemain yang bukan sahaja berdisiplin malah berdisiplin dalam mematuhi taktik permainan yang diatur.