Kehangatan kempen sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sedikit menenggelamkan arena sukan tanah air.
Namun ia tidak menjejaskan penganjuran kejohanan badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia 2013 yang berlangsung dari 30 April sehingga 4 Mei.
Ketiadaan jaguh perseorangan nombor satu dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei akibat kecederaan membuka ruang buat pemain-pemain pelapis membuktikan kemampuan masing-masing.
Peluang itu bagaimanapun tidak dimanfaatkan sepenuhnya Liew Daren dan Chong Wei Feng yang masing-masing gagal untuk mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.
Sebaliknya Goh Soon Huat mencuri tumpuan apabila menjejak kaki ke pentas final sebelum tunduk kepada pemain Indonesia, Alamsyah Yunus.
Pada pandangan saya, selain Soon Huat, kegagalan pemain-pemain lain menggunakan kesempatan yang diberi memberi gambaran mereka tidak mampu menjadi pengganti kepada Chong Wei yang semakin di penghujung karier.
Lantas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu meneliti semula adakah program dan pemain sedia ada ketika ini mampu dijadikan sandaran bagi membawa cabaran negara ke temasya Sukan Olimpik Rio 2016?
Sementara buat gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, kemaraan ke final sudah dijangka apatah lagi turun sebagai pilihan utama.
Tetapi mampukah pencapaian ini memberi gambaran awal mereka sudah bersedia bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Guangzhou, Ogos nanti?
Selain itu, arena bola sepak tempatan bersedih susulan pemergian bekas pemain kebangsaan zaman 70-an dan 80-an, Yahya Jusoh.
Allahyarham yang menderita kanser prostat menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah Selasa lalu selepas diserang demam panas beberapa hari sebelumnya.
Antara pencapaian terbaik Allahyarham ialah membantu kemaraan skuad Olimpik ke temasya 1972 di Munich dan Moscow 8 tahun kemudian.
Minggu lepas Editor Sukan Awani, Fadzrie Hazis ada menyentuh mengenai program Ride With Pride hasil usahasama Institut Sukan Negara (ISN) dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Selepas ketua jurulatih skuad berbasikal trek, John Beasley membuat keputusan menangguhkan pengumuman nama empat atlet yang disenarai pendek, ia mengundang persoalan.
Beasley memutuskan nama atlet itu hanya diketahui selepas temasya Sukan Malaysia, Julai depan.
Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad bagaimanapun berpandangan tindakan itu tidak relevan.
Diharapkan perkara ini tidak menjejaskan tumpuan atlet berkenaan serta tidak mencetuskan lebih banyak campur tangan pihak yang tidak terlibat.
Syamil Izwan Azizan
Sat May 04 2013
![Mampukah skuad negara galas tanggungjawab di Olimpik Rio Mampukah skuad negara galas tanggungjawab di Olimpik Rio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/81367990777_120x90.jpg)
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723014641_RexyMainaky.jpg)
Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.
![Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738359940_TBHenryIman.jpg)
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
![Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738304005_LeeChongWei.jpg)
Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
!['Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada 'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738107077_ArifLatif.jpg)
'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.
![Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738031793_manweichongteek.jpg)
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
![Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738022974_feidin.jpg)
Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.
![Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737902936_Beregulelakinegara.jpg)
Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan tuan rumah Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia.
![Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737897455_tbMastersIndonesia.jpg)
Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia
Pasangan ketujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas dalam aksi tiga set 12-21, 21-17, 18-21 dalam tempoh 74 minit kepada Hee Yong-Hye Jeon.
![Masters Indonesia: Pilihan kedua, Pearly Tan-M Thinaah bawa cabaran Malaysia ke separuh akhir Masters Indonesia: Pilihan kedua, Pearly Tan-M Thinaah bawa cabaran Malaysia ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737712580_badminton.jpg)
Masters Indonesia: Pilihan kedua, Pearly Tan-M Thinaah bawa cabaran Malaysia ke separuh akhir
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, membawa cabaran ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
![Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737668902_TBMuhammadAhsan.jpg)
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.