OLE Gunnar Solskjaer perlu mengosongkan mejanya sempena memberi laluan kepada pengurus Manchester United yang seterusnya, tetapi percaya The Red Devils akan kembali menemui rentak kemenangan di sebalik kemerosotan kebelakangan ini.
Selepas hampir tiga tahun mengemudi juara 20 kali itu, Solskjaer akhirnya dipecat petang semalam berikutan tewas 1-4 kepada Watford.
Ia menyusuli kekalahan perit kepada Liverpool dan Manchester City di Old Trafford untuk United kini tewas lima daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ramai yang akan menganggap pengurus Norway tersebut telah dikecewakan oleh barisan pemain berbakat yang dimilikinya, tetapi Solskjaer tetap menyifatkan skuad yang perlu ditinggalkannya itu sebagai pemain dan individu terbaik selain merupakan kumpulan pemain yang menyeronokkan untuk bekerjasama.
Dia bercadang untuk kembali ke negara asalnya dan menghabiskan masa bersama keluarganya tetapi tidak menolak akan menggalas jawatan seperti itu lagi pada masa akan datang.
“Saya akan keluar melalui pintu depan kerana saya rasa semua orang tahu bahawa saya telah mencurahkan segala-galanya buat kelab ini,” katanya kepada stesen televisyen MUTV.
"Kelab ini bermakna segala-galanya kepada saya dan kami pernah mengharungi perlawanan yang baik tetapi malangnya saya tidak mampu mencapai keputusan yang diperlukan dan sudah tiba masanya untuk saya ke tepi."
Solskjaer mendedahkan dia amat bangga, sangat berbesar hati dan bertuah untuk menguruskan kelab yang pernah diwakilinya di bawah era gemilang Alex Ferguson sebagai pengurus.
"Inilah bola sepak, ia benar-benar menyeronokkan dari minit pertama hingga akhir.
"Jadi saya perlu berterima kasih kepada semua pemain kerana sejak saya ke mari, mereka adalah pemain terbaik. Ada yang datang dan ada yang telah pergi, tetapi mereka semua merupakan kumpulan pemain yang menyeronokkan untuk bekerjasama."
Beberapa pemain sering mengundang masalah kepada Solskjaer sepanjang tempoh kendaliannya, tetapi pengurus berusia 48 tahun yang sedang sarat emosi itu tidak terlintas untuk mengungkit detik-detik gelap mereka ketika mengulas mengenainya dalam satu temu bual terakhir sebelum melangkah pergi.
Dia berharap masih mampu meninggalkan United dalam keadaan yang lebih baik berbanding ketika awal ketibaannya selain mempunyai keyakinan skuad itu akan bertambah baik.
"Asasnya sudah ada, saya tahu mereka sudah bersedia untuk kembali ampuh dan saya pasti mereka akan mencapainya," katanya.
“Saya pasti kita akan melihat mereka kembali mendapat rentak kejayaan.
"Sebagaimana yang saya katakan kepada mereka pagi tadi: 'Percayalah kepada diri sendiri, anda tahu kita adalah lebih baik daripada ini."
Astro Arena
Mon Nov 22 2021

Solskjaer bercadang untuk kembali ke negara asalnya dan menghabiskan masa bersama keluarganya tetapi tidak menolak akan menggalas jawatan seperti itu lagi pada masa akan datang. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Solskjaer tak minat bawa Marcus Rashford ke Besiktas
Solskjaer diumumkan sebagai pengurus baru kelab Turkiye itu minggu lalu.

Tiada 'tongkat ajaib' di Manchester United - Ole Gunnar Solskjaer
Ini merupakan musim kedua yang menyedihkan bagi pengurus dari Norway, Ole Gunnar Solksjaer.

Bayern Munich mahukan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengganti Thomas Tuchel?
Tuchel berada di bawah tekanan bersama The Bavarians selepas tiga kekalahan berturut-turut, di tangan Bayer Leverkusen, Lazio dan Bochum.

Manchester United silap langkah rekrut semula Cristiano Ronaldo, kata Solskjaer
Bekas pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui tersilap langkah mengenai pembelian semula kelab Cristiano Ronaldo.

Manchester United sah lantik Rangnick sebagai pengurus interim
Rangnick dijangka akan menguruskan pasukan itu sehingga penghujung musim ini sebelum beralih ke bahagian perundingan selama dua tahun.

Zidane tidak berminat sertai Man United
Keadaan semasa membuatkan United terdesak untuk kembali ke zaman kegemilangan mereka dengan pelantikan pengurus seterusnya.

Manchester United pasti bangkit, kata Solskjaer
Selepas hampir tiga tahun mengemudi juara 20 kali itu, Solskjaer akhirnya dipecat petang semalam berikutan tewas 1-4 kepada Watford.

Solskjaer akui ada yang tidak kena di Manchester United selepas diaib Watford
The Red Devils tewas 1-4 kepada Watford di Vicarage Road -- kemenangan pertama lawan itu di gelanggang sendiri sejak permulaan musim ini.

Solskjaer pimpin latihan United, dijangka kekal sebagai pengurus
Kekalahan 5-0 di laman sendiri kepada Liverpool Ahad lalu merupakan keputusan yang teruk buat Solskjaer.

Sejarah hitam Manchester United
Manchester United yang kemarau kemenangan dalam empat perlawanan terakhir ketika ini lapan mata di belakang pendahulu Chelsea.