KELAB bola sepak Inggeris Manchester United sedang berunding untuk memberikan hak eksklusiviti kepada konsortium yang dipimpin oleh Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani dari Qatar dalam perbincangan untuk menjual kelab itu dengan nilai lebih AS$6 bilion, lapor agensi berita antarabangsa Reuters.
Laporan berita eksklusif Reuters itu memetik sumber yang sedia maklum mengenai rundingan berkenaan.
Walaupun perjanjian berkembangan masih belum jelas, namun, perkembangan ini merupakan tonggak penting dalam usaha Sheikh Jassim yang juga anak bekas Perdana Menteri Qatar - antara lelaki terkaya di negara Teluk itu untuk mengambilalih jenama sukan ikonik ini.
Ahli keluarga Glazer, yang memiliki pegangan minoriti dalam Manchester United dan mengawalnya melalui struktur dua kelas saham, akan menjual saham mereka sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicadangkan, kata seorang lagi sumber.
Tawaran dari Qatar pada masa ini lebih disukai oleh keluarga Glazer berbanding tawaran daripada seorang jutawan British, Jim Ratcliffe yang juga pengasas pengeluar bahan kimia INEOS, jelas sumber-sumber berkenaan.
Tawaran yang dikemukakan oleh Ratcliffe menyebabkan keluarga Glazer mempertahankan minat dalam Manchester United.
Manchester United dalam masa sama tidak dibenarkan untuk berunding dengan pihak-pihak lain selain Sheikh Jassim semasa tempoh eksklusiviti itu.
Tempoh eksklusiviti tersebut juga masih belum diketahui berapa lama akan bertahan.
Ketika ini situasi juga masih berubah tegas sumber-sumber itu sambil memberi amaran
tawaran baharu daripada Ratcliffe berupaya menghalang Sheikh Jassim daripada mendapatkan hak eksklusiviti itu.
Sumber-sumber tersebut juga memberitahu, hal ini perlu dirahsiakan kerana perkara ini adalah sulit.
Dalam masa sama, jurucakap Manchester United dan Sheikh Jassim tidak memberikan sebarang komen dengan segera berhubung rundingan itu.
Berikutan penyebaran berita itu, harga saham Manchester United melonjak sebanyak 15 peratus dan meningkat 10 peratus menjadi AS$25.53 dalam perdagangan tengah hari di New York pada Khamis.
Perjanjian bernilai lebih daripada $6 bilion bagi Manchester United akan menjadi salah satu yang terbesar dalam dunia sukan, mengikuti jualan yang mempunyai nilai serupa bagi pasukan bola sepak Liga Kebangsaan Amerika (NFL), Washington Commanders pada awal tahun ini.
Nilai perjanjian ini juga juga akan mewakili premium yang signifikan berbanding dengan perjanjian bola sepak lain.
Pada tahun lalu, pengambilalihan Chelsea Football Club dengan nilai AS$3.1 bilion oleh kumpulan pelaburan yang dipimpin oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital dinilai 5.7 kali gandaan pendapatan untuk tahun kewangan terakhir.
Menurut data Refinitiv, jualan melebihi AS$6 bilion itu akan menjadikan nilai Manchester United lebih daripada 10 kali gandaan pendapatan tahunan pada tahun lalu.
Manchester United yang telah memenangi gelaran juara Inggeris sebanyak 20 kali, mempunyai lebih daripada 650 juta peminat di seluruh dunia, kata firma penyelidikan pasaran Kantar.
Sebahagian besar daripada peminat kelab berkenaan telah menyuarakan keinginan untuk melihat perubahan pada pemilikan.
Keinginan itu disuarakan berikutan kemerosotan yang ketara dalam kejayaan kelab di bawah pemerintahan Glazer, dengan kelab hanya memenangi satu gelaran liga terakhir mereka di bawah pengurus terdahulu, Alex Ferguson, pada musim terakhirnya pada 2012-2013.
Ketika sebahagian penyokong mungkin melihat pemilik Qatar yang baharu dengan sumber kewangan yang besar sebagai cara terpantas untuk mengurangkan jurang antara United dan Manchester City yang disokong oleh Abu Dhabi, namun, dalam masa sama ada yang menyuarakan ‘kebimbangan mendalam’ terhadap rekod hak asasi manusia Qatar.
Beberapa negara Timur Tengah telah melabur secara besar-besaran dalam sukan dalam beberapa tahun terakhir, yang mengundang kritikan bahawa mereka cuba ‘menyuci imej’ mereka melalui sukan.
Qatar menjadi tuan rumah acara bola sepak terbesar, Piala Dunia, pada tahun 2022, sementara syarikat Qatar Sport Investments (QSI) memiliki kelab Ligue 1, Paris St Germain.
Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi pula membiayai LIV Golf Series yang baru-baru ini bersetuju untuk bergabung dengan PGA Tour selain memiliki pasukan Liga Perdana, Newcastle United. - Agensi
Agensi
Thu Jun 15 2023
Manchester United sedang berunding untuk memberikan hak eksklusiviti kepada konsortium yang dipimpin oleh Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani dari Qatar dalam perbincangan untuk menjual kelab itu dengan nilai lebih AS$6 bilion.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
Piala FA Inggeris: Anak buah Ruud van Nistelrooy tunggu Manchester United
Leicester City diundi bertemu Manchester United dalam pusingan keempat Piala FA Inggeris.
Piala FA Inggeris: Fernandes puji aksi wira Altay Bayindir
Pemain antarabangsa Turki itu hanya membuat penampilan kompetitif kelimanya untuk Red Devils sejak tiba dari Fenerbahce pada September 2023.
Piala FA: Amorim lega Manchester United pamer kemajuan
United mengejutkan Arsenal menerusi gol pendahuluan Bruno Fernandes pada minit ke-52.
EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton
Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Amad Diallo sambung kontrak dengan Manchester United
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu telah menunjukkan prestasi cemerlang musim ini dengan enam gol dan tujuh bantuan jaringan.
EPL: Manchester United seperti 'tidak dihormati' - Kapten Liverpool
Gol penyamaan Amad Diallo menafikan tiga mata yang hampir diraih The Reds selepas Salah jaringkan gol untuk mendahului pada minit ke-70.
EPL: Manchester United curi satu mata berharga dari Anfield
The Red Devils menghasilkan jaringan pembukaan pada minit ke-52 menerusi rembatan kencang Lisandro Martinez.
Perlawanan Liverpool - Manchester United diteruskan
Perlawanan di gelanggang sendiri Liverpool menentang Manchester United pada Ahad akan berlangsung seperti yang dijadualkan, lapor PA Media/dpa.
Cuaca buruk: Aksi Liverpool, United mungkin ditunda
AKSI panas Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Liverpool dan Manchester United pada awal pagi Isnin mungkin ditunda susulan ramalan cuaca buruk di Merseyside.
Rumusan Rangnick tentang Manchester United ternyata benar - Rio Ferdinand
Manchester United memerlukan pembedahan jantung disifatkan Ferdinand sebagai sesuatu yang tidak boleh dinafikan.