LEGENDA bola sepak Argentina, Diego Maradona akan menjalani pembedahan kecemasan bagi merawat hematoma subdura iaitu pengumpulan darah beku pada bahagian otak.
Perkara itu dimaklumkan doktor peribadinya kepada media pada Selasa setelah dia dimasukkan ke hospital pada Isnin.
Maradona dimasukkan ke klinik Ipensa di La Plata pada Isnin dengan gejala anemia, dehidrasi dan kemurungan, namun dilapor akan menjalani prosedur lanjut setelah mesin pengimbasan MRI mendedahkan dia menghidap hematoma subdura.
Doktor peribadi Maradona, Leopoldo Luque memaklumkan pembedahan tersebut akan dilakukan di Clinica Olivos di wilayah Buenos Aires pada Selasa.
"Kami telah melakukan imbasan MRI sebulan yang lalu dan semuanya normal.
"Namun, kami mengulangi semula imbasan dan pemeriksaan tersebut dan kami mendapati ia adalah hematoma subdura.
“Jenis-jenis kecederaan ini sukar untuk dijumpai, saya tidak tahu sama ada dia (Maradona) pernah mengalami sebarang serangan atau terjatuh,” kata Luque.
Malah, Luque menjelaskan Maradona akan menjalani rutin operasi yang sama dilakukan ke atas Naib Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner, yang turut menghidap penyakit yang sama.
"Panoramanya tidak berubah, dia akan terus menjalani diagnosis klinikal yang sama, tetapi sekarang kita mempunyai diagnosis yang lebih konkrit.
"Dia (Maradona) dimaklumkan mengenai perkara itu (penyakit), dia sangat memahami dan bersetuju untuk menjalani operasi terbabit. Malah, dia tidak berasa sedih mahupun marah," kata doktornya
Tambahnya lagi, sekiranya pembedahan berjaya, Maradona boleh pulang ke rumah setelah 48 jam.
Dalam pada itu, ketua kakitangan perubatan pasukan kebangsaan Argentina, Donato Villani ketika ditemu bual saluran berita TyC Sports berkata bahawa pembedahan seperti itu akan berjalan lancar.
Namun, ia bergantung dengan tahap kesihatan Maradona kerana dia turut menghidap masalah jantung, mempunyai sejarah pengambilan ubat-ubatan lain dan alkohol.
Maradona menguruskan pasukan divisyen satu Gimnasia y Esgrima de La Plata tetapi direhatkan dari latihan pasukan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko dijangkiti COVID-19 kerana dia tergolong dalam kumpulan risiko.
Afiq Ariffin
Wed Nov 04 2020

Maradona dimasukkan ke klinik Ipensa di La Plata pada Isnin dengan gejala anemia, dehidrasi dan kemurungan. -Foto AP Newsroom

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Maradona bakal jalani pembedahan buang darah beku pada otak
Maradona dimasukkan ke klinik Ipensa di La Plata pada Isnin dengan gejala anemia, dehidrasi dan kemurungan.

Lagenda La Llorona temui peminat filem seram April 2019
Ceritanya berdasarkan legenda rakyat Mexico,La Llorona atau The Weeping Woman, roh wanita kehilangan anak yang merayau mencari kanak-kanak sesat untuk dijadikan anaknya