"Perjalanan saya sebagai pemain berakhir di sini, tetapi saya masih mempunyai banyak perkara untuk disumbangkan kepada bola sepak. Terima kasih atas segalanya," kata pemain berusia 36 tahun itu menerusi akaun media sosialnya.
Bekas pemain kebangsaan Brazil itu meraih lima trofi Liga Juara-Juara UEFA, empat Piala Dunia Kelab FIFA dan enam kejuaraan LaLiga Sepanyol bersama Real Madrid sebelum kembali ke kelab lamanya, Fluminense di Brazil, pada Februari 2023.
Marcelo turut membantu Brazil menjuarai Piala Konfederasi 2013 dengan enam gol dalam 58 penampilan bersama skuad kebangsaan. - BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)