SHAH ALAM: Semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung diseru supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan imej bola sepak negara yang terjejas susulan tiga insiden serangan jenayah ke atas pemain bola sepak negara baru-baru ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak termasuk FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku pengelola Liga Malaysia (Liga-M).
"Kita kena pulihkan sama-sama supaya perkara ini tidak terjadi lagi... kita perlu berusaha ke arah untuk memulihkan keadaan ini sebaik mungkin.
"Semua pihak kena main peranan bukan hanya pihak berkuasa, media, penyokong, kelab, MFL dan FAM untuk sama-sama membendung dan mengatasi masalah ini," katanya ketika ditemui pemberita di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.
Pada masa sama, sebagai langkah pertama Hamidin berharap segala spekulasi yang boleh 'memanaskan' lagi keadaan dihentikan serta-merta.
Beliau juga menepis dakwaan segala permasalahan yang timbul berkait rapat dengan kepimpinannya, selain ia akan berakhir jika beliau meletakkan jawatan sebagai presiden FAM.
"Saya tahu apa saya buat, saya buat ikhlas untuk bola sepak tak ada apa-apa kepentingan, kenyataan itu adalah andaian masing-masing, kita serahkan pada pihak berkuasa," kata Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berusia 58 tahun itu.
Terdahulu, Hamidin mengiringi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melawat pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Faisal Halim selepas pemain berusia 26 tahun itu menjalani pembedahan kedua, semalam.
Ahad lepas, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal Halim yang lebih mesra disapa 'Mickey' dalam kalangan peminat, cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya sekali gus menarik perhatian media luar negara termasuk di Eropah.
Pemain yang memenangi gol terbaik pada Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas itu disahkan mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas menjalani pembedahan pertama pada Ahad malam, selain pergerakan dan percakapannya turut terbatas.
Insiden itu merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.
Serangan terhadap pemain bola sepak negara memasuki episod baharu apabila pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim pula diserang dua lelaki menaiki motosikal yang memecahkan cermin bahagian belakang keretanya menggunakan tukul besi di Johor Bahru, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024

HAMIDIN "Kita kena pulihkan sama-sama supaya perkara ini tidak terjadi lagi...kita perlu berusaha ke arah untuk memulihkan keadaan ini sebaik mungkin." - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.