HANGZHOU: Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dilihat sudah bersedia untuk keluar daripada bayangan seniornya Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 yang bermula secara rasmi semalam.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata selama ini Shah Firdaus seakan berada dalam bayangan Mohd Azizulhasni yang sudah pun membuktikan kecemerlagannya di pentas antarabangsa.
Bagaimanapun, katanya menjelang temasya sukan empat tahun sekali itu, pemenang gangsa acara keirin Sukan Komanwel 2022 itu menunjukkan sisi berbeza dari segi penampilan yang lebih garang, selain dilihat lebih berkeyakinan setelah dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang di Hangzhou.
"Saya rasa kombinasi itu (sisi berbeza dan mandat diberikan) jadikannya sangat bertenaga, sikapnya seperti Mohd Azizulhasni dan beliau beritahu saya bahawa sudah bersedia untuk menggalas cabaran ini dan yakin dapat beri persaingan hebat.
"Beliau juga bersedia terutama untuk gantikan Mohd Azizulhasni dalam acara keirin, , saya rasa dia sudah bersedia untuk bangkit pada temasya itu....saya suka apa yang saya lihat (semangat Shah Firdaus)," katanya pada sidang media bersama pengamal media tempatan Pusat Media Utama (MPC) di sini, semalam.
Sebelum ini, Mohd Azizulhasni mengumumkan menarik diri daripada Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas mengalami kecederaan pinggul susulan kemalangan berkelajuan tinggi ketika sesi latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu.
Kekosongan ditinggalkan beliau dalam acara keirin akan diisi Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang akan beraksi bersama Shah Firdaus.
Sebagai rekod, Shah Firdaus yang merupakan atlet kelahiran Johor adalah pemenang pingat perak acara keirin pada Kejohanan Asia 2019 dan 2022 sebelum menyambar gangsa pada edisi 2023 yang berlangsung di Nilai.
Pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Shah Firdaus bersama Mohd Azizulhasni dan Muhammad Fadhil merangkul perak acara pecut berpasukan.
Dalam perkembangan berasingan, Mohamad Norza berkata kesemua atlet negara dilihat bersemangat tinggi ketika membuat lawatan ke perkampungan sukan di sini pagi semalam.
"Saya bertemu ramai atlet khususnya dari sukan hoki, berbasikal dan wushu. Saya juga berkesempatan memberi sedikit kata-kata semangat kepada pasukan hoki yang akan memulakan perlawanan esok dan semangat atlet kita keseluruhannya sangat tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023
![Masa untuk Shah Firdaus keluar daripada bayangan 'Pocket Rocketman' Masa untuk Shah Firdaus keluar daripada bayangan 'Pocket Rocketman'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695505037_MohamadNorzaZakari.jpg)
Mohamad Norza (kiri) bercakap pada sidang media mengenai perkembangan atlet-atlet negara yang akan bertanding pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, di Hangzhou, 23 Sept 2023. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723516680_OlimpikParis.jpg)
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.
![Sukan Olimpik Paris 2024: Enggan mengaku kalah, Shah Firdaus mara ke separuh akhir keirin Sukan Olimpik Paris 2024: Enggan mengaku kalah, Shah Firdaus mara ke separuh akhir keirin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723369626_TBSHAH.jpg)
Sukan Olimpik Paris 2024: Enggan mengaku kalah, Shah Firdaus mara ke separuh akhir keirin
Pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar, Johor, itu, berjaya mengukir kegembiraan apabila mara ke separuh akhir acara keirin lelaki
![Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus jadi harapan terakhir kontinjen Malaysia Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus jadi harapan terakhir kontinjen Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723328995_MuhammadShahFirdau.jpg)
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus jadi harapan terakhir kontinjen Malaysia
Pelumba berusia 28 tahun itu bakal beraksi dalam suku akhir acara keirin lelaki di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines.
![Paris 2024: Perjuangan 'The Pocket Rocketman' dalam acara pecut berakhir, fokus keirin Paris 2024: Perjuangan 'The Pocket Rocketman' dalam acara pecut berakhir, fokus keirin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723068961_tbAzizulhasniAwang.jpg)
Paris 2024: Perjuangan 'The Pocket Rocketman' dalam acara pecut berakhir, fokus keirin
Azizulhasni tidak layak ke suku akhir selepas menduduki tempat ketiga pusingan repechages 1/8, ketinggalan 0.190s di belakang Mateusz Rudyk.
![Shah Firdaus bergelut dengan kecederaan, jangkitan bakteria menjelang Paris 2024 Shah Firdaus bergelut dengan kecederaan, jangkitan bakteria menjelang Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716429316_MuhammadShahFirdau.jpg)
Shah Firdaus bergelut dengan kecederaan, jangkitan bakteria menjelang Paris 2024
Shah Firdaus baru dimaklumkan oleh Institut Sukan Negara mengenai tendon di sebelah bahu kirinya koyak kesan daripada kemalangan.
![Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714080265_NurulIzzahIzzati.jpg)
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
![Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699680164_AzizulhasniAwang.jpg)
Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.
![Shah Firdaus, Izzah Izzati layak separuh akhir acara pecut ACC di India Shah Firdaus, Izzah Izzati layak separuh akhir acara pecut ACC di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708611426_ShahFirdaus.jpg)
Shah Firdaus, Izzah Izzati layak separuh akhir acara pecut ACC di India
Dua pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mara ke separuh akhir acara pecut ACC 2024.
![Masa untuk Shah Firdaus keluar daripada bayangan 'Pocket Rocketman' Masa untuk Shah Firdaus keluar daripada bayangan 'Pocket Rocketman'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695505037_MohamadNorzaZakari.jpg)
Masa untuk Shah Firdaus keluar daripada bayangan 'Pocket Rocketman'
Norza berkata, selama ini Shah Firdaus seakan berada dalam bayangan Azizulhasni yang sudah pun membuktikan kecemerlangannya di pentas antarabangsa.
![Peluang Shah Firdaus untuk menyinar - Mohd Azizulhasni Peluang Shah Firdaus untuk menyinar - Mohd Azizulhasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692853461_TBShahFirdaus.jpg)
Peluang Shah Firdaus untuk menyinar - Mohd Azizulhasni
Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi pentas terbaik buat pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menampilkan potensinya.