MADISON Keys mengejutkan pemain pilihan utama, Iga Swiatek, dengan kemenangan 6-3, 6-4 untuk mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Masters Cincinnati awal pagi tadi.
Keys turun dalam perlawanan itu dengan sasaran untuk meraih kemenangan pertamanya ke atas pemain nombor satu dunia berkenaan dalam percubaan keenam selepas gagal memenangi sebarang set dalam lima pertemuan sebelumnya.
Juara edisi 2019 itu tewas besar 1-6, 0-6 kepada Swiatek dalam suku akhir Terbuka Indian Wells awal tahun ini tetapi kali ini, dia membuka satu lembaran berbeza.
Selepas servisnya kelihatan menjadi sejak permulaan aksi, Keys mempamerkan penguasaan penuh untuk memenangi set pertama 6-3 dan mendahului 5-0 dalam set berikutnya.
Swiatek menyedari dia perlu menyelamatkan mata akhir berkenaan, di mana dia meraih 11 daripada 12 mata untuk merapatkan jurang kepada 3-5.
Pemenang enam gelaran WTA musim ini itu kemudian menyelamatkan satu lagi mata akhir dalam game kesembilan, sekali gus memperlihatkan kebangkitan yang cuba dipamerkannya.
Bagaimanapun, bekas finalis Terbuka Amerika Syarikat, Keys, memberikan respons terbaiknya untuk menewaskan Swiatek, yang kini merekodkan 4-4 sejak rentetan 37 perlawanan tanpa kalahnya ditamatkan Alize Cornet dalam Kejohanan Wimbledon lalu.
Astro Arena
Fri Aug 19 2022
Aksi Madison Keys membalas hantaran Iga Swiatek ketika Kejohanan Tenis Masters Cincinnati di Mason, Ohio, 18 Ogos 2022. (Foto AP)
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Masters Cincinnati: Keys raih kemenangan pertama ke atas Swiatek
Keys turun dalam perlawanan itu dengan sasaran untuk meraih kemenangan pertamanya ke atas pemain nombor satu dunia berkenaan.
Wimbledon: Gauff teruskan kejutan singkir Rybarikova
Kemenangan Cori Gauff ke atas Venus Williams bukan satu kebetulan apabila berjaya mengejutkan Magdalena Rybarikova di pusingan kedua.
Osaka melakar sejarah, berdepan Serena di pusingan akhir Terbuka AS
Ini kali pertama wanita warga Jepun melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan tersebut.
Tenis: Sloan Stephens bangkit dari kecederaan untuk muncul juara Terbuka AS
Stephens, yang berkedudukan di ranking ke-83 dunia, menewaskan Keys dengan 6-3, 6-0 di pentas akhir yang berlangsung di Flushing Meadows.