KOTA BHARU: Hasrat Kelantan United FC (KUFC) meraih tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan C kempen Piala Malaysia tidak kesampaian selepas terikat 3-3 berdepan pendahulu kumpulan, Melaka United FC pada aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam tadi.
Gol pertama KUFC hadir pada minit ke-22 menerusi sepakan deras import dari Jepun Yuki Tanigawa dari luar kotak penalti, menewaskan penjaga gol Melaka United Khairul Fahmi Che Mat.
Melaka United yang turun dengan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan pertama kumpulan, tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan melalui pemain import Sonny Norde pada minit ke-25, yang bijak memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan lawan dalam kotak penalti.
KUFC menambah gol kedua pada minit ke-39 menerusi larian solo Gassama Alfusainey dari tengah padang, sebelum pemain dari Gambia itu mudah menolak masuk bola menewaskan Khairul Fahmi.
Susulan jaringan itu, pemain pertahanan KUFC menerapkan permainan bertahan bagi mengekang asakan bertali arus Melaka United sebagai usaha mempertahankan kedudukan 2-1 sehingga rehat.
Separuh masa kedua anak buah Zainal Abidin Hassan lebih menguasai perlawanan bagi memecah kubu pertahanan KUFC yang berdisiplin tinggi, sebelum berjaya 'menebuk' benteng pasukan tuan rumah untuk gol penyamaan pada minit ke-55 menerusi sepakan percuma S. Kumaahran.
Kedua-dua pasukan kemudian rancak melakukan gerakan serangan bagi memburu gol kemenangan dalam usaha mengutip tiga mata berharga, bagi dijadikan bekalan untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir.
KUFC menarik nafas lega apabila sekali lagi berjaya mendahului perlawanan yang menyaksikan Khairul Fahmi tewas buat kali ketiga, selepas pemain gantian KUFC Shafizi Iqmal Md Khairudin melepaskan sepakan deras dari jarak dekat pada minit ke-78.
Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak kekal lama apabila pemain import Melaka United dari Jerman Manuel Ott menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-83, sekali gus menyelamatkan maruah pasukan dengan keputusan 3-3 kekal sehingga wisel penamat.
Keputusan itu menyaksikan Melaka United kekal menerajui saingan Kumpulan C mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan, manakala KUFC meraih mata pertama dalam saingan kumpulan itu di kedudukan tercorot.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021

Keputusan perlawanan Kumpulan C kempen Piala Malaysia malam tadi menyaksikan Melaka United kekal menerajui saingan Kumpulan C mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan. - Facebook Melaka United Football Club
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Liga Super: Akinade, Shahril sah sertai KUFC
Kelantan United FC (KUFC) hari ini mengumumkan bekas penyerang import Kelantan FC, Ismaheel Akinade dan bekas penjaga gol Kedah Shahril Saa'ri menyertai pasukan itu untuk menghadapi baki saingan Liga

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Pemain kebangsaan Filipina, Jose Elmer sertai KUFC
Jose Elmer Porteria bakal memperkuatkan skuad Kelantan United FC (KUFC) selepas menandatangani kontrak selama semusim bersama pasukan berkenaan.

KUFC tidak bawa masuk pemain 'bintang', elak bergelut masalah hutang
"Saya yakin dalam usaha kita memperkuat pasukan adalah penting juga, untuk kita menghargai dan menjaga bakat pemain sedia ada."

Kelantan United berdepan masalah kecederaan pemain utama
Masalah itu memberi tekanan kepada barisan kejurulatihan untuk merancang strategi serta memperbaiki beberapa kelemahan pemainnya.

Melaka United bangkit tiga kali ikat Kelantan United di Kota Bharu
Gol pertama KUFC hadir pada minit ke-22 menerusi sepakan deras import dari Jepun Yuki Tanigawa dari luar kotak penalti.

Liga Premier: Nazrulerwan kecewa keputusan seri KUFC
Pasukannya melepaskan dua gol mudah menerusi dua sepakan percuma di kawasan sendiri selepas pemain hilang tumpuan.

Kes Gaduh: KUFC ambil tindakan tegas ke atas Gassama, Muhammad Asraff
Tindakan itu susulan kedua-dua pemain tersebut terlibat dalam pergaduhan, sehingga dikenakan kad merah.

Motoyama tiba di Malaysia
Pemain import Kelantan United FC Masashi Motoyama yang juga bekas tonggak skuad kebangsaan Jepun tiba di sini, pada Sabtu.

KUFC pertaruh pelatih muda dari Jepun
Keputusan pasukannya menandatangani kontrak selama setahun dengan Akira Higashiyama berdasarkan prestasinya membimbing pasukan Kuching FA (Kuching City) musim lalu.