HANGZHOU: Skuad memanah compound berpasukan campuran dan berpasukan lelaki meneruskan panahan positif untuk mengatasi cabaran lawan masing-masing pada pusingan penyingkiran 1/8 pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Sukan Fuyang Yinhu, hari ini.
Gandingan berpengalaman Mohd Juwaidi Mazuki-Fatin Nurfatehah Mat Salleh mencipta sensasi apabila menyamai rekod kebangsaan acara berpasukan campuran sekali gus melakar kemenangan dengan catatan mata 158-151 ketika berdepan pasangan Singapura Woon Teng Ng-Contessa Loh.
Menanti mereka di peringkat suku akhir yang dijadual Rabu ini ialah pasangan India Ojas Pravin Deotale-Jyothi Surekha Vennam yang menewaskan Mohammed Binamro-Amna Alawadhi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) 159-151 di peringkat penyingkiran 1/8
Pengalaman yang dimiliki Mohd Juwaidi kemudian membantu Malaysia yang turut dibarisi Alang Ariff Aqil Muhammad Ghaz dan Mohamad Syafiq Md Ariffin menyingkirkan trio Mohammad Ashikuzzaman, Md Sohel Rana dan Mithu Rahman dari Bangladesh 231-229 dalam acara berpasukan lelaki.
Di peringkat suku akhir yang dijadual Khamis ini, Malaysia akan berdepan tentangan Mohammadsaleh Palizban, Armin Pakzad dan Milad Rashidi dari Iran yang mengatasi Belal Ayman S Alawadi, Abdulaziz Mohammed A Alrodhan dan Majdi Nafi A Alsubhi dari Arab Saudi 231-223.
Bercakap kepada media, Mohd Juwaidi memuji prestasi ditampilkan Fatin Nurfatehah yang berjaya beraksi dengan konsisten untuk meraih kemenangan dan menyamai rekod kebangsaan.
"Hari ini saya dengan Fatin beraksi dengan lebih baik sebab Fatin semasa pusingan kelayakan semalam (prestasi) turun naik..jadi tadi kami bantu antara satu sama lain untuk membuat panahan yang baik dan menyamai rekod kebangsaan 158. Hanya dua batang dibuang Fatin dan saya panah penuh.
"Bagi pasukan lelaki ada susah sikit mungkin sebab ini Sukan Asia pertama untuk Syafiq, jadi dia rasa sedikit tertekan tetapi ia dapat diatasi di hujung permainan dan bangkit...sebab itu kita menang dengan perbezaan dua mata, kalau tidak asyik sama saja (mata)," katanya.
Sementara itu, skuad memanah recurve negara gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas kecundang di pusingan penyingkiran 1/8.
Gandingan Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli-Syaqiera Mashayikh tewas 2-6 di tangan duo berpasukan campuran India Atanu Das-Ankita Bhakat
Indonesia pula menjadi igauan ngeri kepada Malaysia dalam acara berpasukan wanita dan lelaki selepas menang dalam kedua-dua acara itu, yang menyaksikan trio Syaqiera Mashayikh, Ku Nurin Afiqah Ku Ruzaini dan Nurul Izzah Mazlan tewas 2-6 kepada Diananda Choirunisa, Rezza Octavia dan Anindya Nayla Putri.
Sementara Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli, Khairul Anuar Mohamad dan Muhammad Syafiq Busthamin tewas 3-5 ketika berdepan cabaran Riau Ega Agata Salsabilla, Ahmad Khoirul Baasith dan Arif Dwi Pangestu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Atlet memanah negara Mohd Juwaidi Marzuki beraksi dalam pusingan kelayakan Compound berpasukan lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Sukan Fuyang Yinhu hari ini. - Foto Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Azeem terkejut, tidak percaya terima anugerah PJK di usia 19 tahun
Pelari pecut sensasi negara, Azeem muncul antara atlet termuda yang menerima Anugerah PJK bersama dua lagi atlet Perak.

Sukan Asia: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara
Muhammad Arif Afifuddin memastikan skuad karate negara berjaya menyumbangkan satu pingat emas dalam acara kumite 84 kilogram Sukan Asia Hangzhou.

Mohd Qabil 'penat', beri bayangan bersara
Mohd Qabil Ambak memberi bayangan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas berjaya melunaskan impiannya merangkul pingat emas dressage individu.

Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik
Jaringan lewat permainan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia di tempat kelima.

Badminton: Penilaian prestasi Sukan Asia untuk elak berulang di Paris - Rexy
Kem badminton negara akan melakukan kajian terperinci terhadap prestasi pemain di Sukan Asia Hangzhou, selepas gagal mencapai sasaran satu perak dan dua gangsa.

Thailand ranap misi Malaysia pertahan emas sepak takraw antara regu lelaki
Skuad sepak takraw lelaki negara kecundang kepada Thailand 0-2 pada final acara antara regu di Sukan Asia Hangzhou 2022.

Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.

Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia
Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita
Skuad kata wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, hari ini.