KUALA LUMPUR: Juara bertahan Piala Malaysia, Kuala Lumpur (KL) City FC mencipta sejarah dengan menumpaskan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana pada final antara zon Piala AFC 2022, 5-3, menerusi sepakan penalti, hari ini.
Pada aksi di Kompleks Sukan Sogdiana itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan itu sebelum juara ditentukan menerusi sepakan penalti.
Kejayaan sensasi dilakar anak buah Bojan Hodak itu menyaksikan mereka layak ke final Piala AFC 2022 buat kali pertama apabila dijadual bertemu Al Seeb pada 22 Okt ini selepas wakil Oman itu membelasah kelab Bahrain, Al Riffa, 4-0, pada aksi final zon barat semalam.
Perlawanan tersebut menyaksikan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza layak diangkat wira pasukannya apabila menampilkan aksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya tuan rumah termasuk sepakan kedua penalti pemain pertahanan kanan, Shakhboz Jurabekov.
Skuad warga kota itu jelas tenang melepasi detik genting tersebut apabila berjaya menyempurnakan kelima-lima sepakan penalti menerusi ketua pasukan, Paulo Josue, Romel Morales, Muhammad Hadin Azman, Muhammad Akram Mahinan dan Giancarlo Gallifuoco.
Terdahulu, Sogdiana yang menerima sokongan padu penyokong mereka, menguasai babak pertama namun gagal menjelmakan sebarang gol diharapkan apabila barisan pertahanan KL City berjaya menyerap tekanan pasukan bimbingan Ulugbek Bakayev.
Peluang terbaik Sogdiana hadir menerusi sepakan percuma pemain pertahanan kanan, Jurabekov pada minit ke-20 disusuli percubaan dari luar kotak penalti oleh tonggak serangan, Jasur Khasanov, pada minit ke-44 namun ditangkap kemas Mendoza.
Bersambung babak kedua, KL City berpeluang berada di depan namun tandukan Morales, hasil daripada sepakan percuma ketua pasukan Paulo Josue diselamatkan penjaga gol Sogdiana, Milan Mitrovic pada minit ke-64 sebelum Mendoza menepis keluar tandukan pemain simpanan, Shavkat Salomov, selang tiga minit kemudian.
Penyerang Shokhruz Norkhonov mensia-siakan peluang untuk menghasilkan jaringan apabila percubaan jarak dekatnya melambung tinggi pada minit ke-85 manakala Mendoza menafikan rembatan padu Khasanov pada minit ketiga masa kecederaan dan kedudukan tanpa jaringan menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.
Aksi menakjubkan Mendoza diteruskan pada masa tambahan apabila beliau menyelamatkan dua percubaan iaitu tandukan Jurabekov pada minit keenam diikuti sepakan padu dari luar kotak penalti oleh Javokhir Kakhramanov pada minit ke-106, sekali gus memastikan pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.
Juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang berjaya menjuarai Piala AFC pada 2015 dengan menumpaskan pasukan dari Tajikistan, Istiklol, 1-0.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

KL City FC mencipta sejarah dengan menumpaskan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana pada final antara zon Piala AFC 2022, 5-3, menerusi sepakan penalti. - Foto Facebook/KL City FC

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.

Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.

KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.

KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.

Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.

Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.