Jurulatih Jerman, Hansi Flick, mengakui dia telah melakukan kesilapan ketika perpindahan kontroversinya dari Bayern Munich, berkata, "Saya kadang-kadang bertanya kepada diri sendiri - 'Mengapa ia berlaku?'" Flick bercakap dari kem latihan Jerman menjelang pertembungan Liga Negara-Negara UEFA berdepan Hungary dan England.
Dia meninggalkan Bayern pada Jun 2021 di tengah-tengah khabar angin bahawa dia telah berselisih dengan pengarah sukan, Hasan Salihamidzic, walaupun merupakan salah seorang jurulatih paling berjaya dalam sejarah Bayern.
"Saya fikir saya akan melakukan satu atau dua perkara secara berbeza sekarang," kata Flick kepada Frankfurter Allgemeine Zeitung.
"Sememangnya perbicangan telah berjalan dengan baik - kami cuba duduk berbincang untuk menangani perkara tersebut dan membiarkan semua pihak bersuara.
“Pada penghujung masa saya di Bayern, terdapat ketika saya tersilap langkah.
“Sudah tentu ada saat-saat saya tidak adil kepada pasukan.”
Mengambil alih sebagai jurulatih sementara selepas pemecatan Niko Kovac pada November 2019 dengan pasukan menghuni tempat keempat liga, Flick mengetuai kelab itu merangkul treble bersejarah.
Di bawah bimbingan Flick, Bayern meraih 64 daripada 72 mata untuk menamatkan musim Bundesliga yang tergendala ekoran COVID-19, sebelum merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara keenam mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Paris Saint-Germain di Lisbon.
Dia memenangi gelaran Bundesliga sekali lagi pada musim depan, tetapi meninggalkan kelab itu apabila jawatan Jerman tersedia, mengatakan dia tidak menerima sokongan yang diperlukan daripada hierarki Bayern.
"Saya sangat gembira kami dapat membersihkan beberapa perkara," tambah Flick.
Flick juga berkata dia percaya bekas kelabnya akan mengatasi pergelutan yang dihadapi ketika ini - Bayern menduduki tempat kelima dalam liga, setelah gagal merekodkan kemenangan dalam empat perlawanan Bundesliga.
“Bayern bermain dengan baik pada awal musim. Selepas pusingan ketiga perlawanan, semua orang menyangka pasukan lain tidak mempunyai peluang,” kata Flick.
"Kini mereka berada dalam fasa yang agak lemah - tetapi mereka sentiasa mencipta peluang, dan itu menjadikan saya sangat positif."
Flick juga menyokong penggantinya, Julian Nagelsmann, dengan mengatakan dia adalah 'jurulatih yang cemerlang'.
"Saya meminati cara dia membenarkan pasukan bermain bola sepak, tanpa mengira keputusan terkini."
Jerman akan menentang Hungary Jumaat ini di Leipzig, sebelum ke London untuk menentang England di Wembley pada hari Isnin. - Stadium Astro
Astro Arena
Wed Sep 21 2022

Flick meninggalkan Bayern pada Jun 2021 di tengah-tengah khabar angin bahawa dia telah berselisih dengan pengarah sukan, Hasan Salihamidzic. - Astro ARENA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.