DUA gol dijaringkan oleh Lionel Messi ketika merakam kemenangan ke-100 bersama pasukan kebangsaan Argentina baru-baru ini sudah cukup untuk pemain itu mengatasi rekod jaringan legenda bola sepak tanah air, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari di peringkat antarabangsa.
Pada Rabu lalu, bintang Paris Saint Germain (PSG) itu menjaringkan gol dramatik pada minit ke-86 dan 89 ketika membantu skuad La Albiceleste mengatasi Jamaica 3-0 pada aksi persahabatan di Red Bull Arena, New Jersey, Amerika Syarikat (AS).
Dua gol itu memastikan Messi mengumpul 90 gol di peringkat antarabangsa, satu gol mengatasi jaringan dicipta Mohktar atau lebih dikenali dengan gelaran Supermokh.
Bukan itu sahaja, Messi turut merampas kedudukan tangga ketiga yang sebelum ini dipegang Mokhtar.
Untuk rekod, Messi adalah penjaring kedua terbanyak dalam senarai pemain yang masih aktif bermain di belakang tempat pertama iaitu ayam tambatan Portugal, Cristiano Ronaldo dengan rekod 117 gol setakat ini.
Selain Ronaldo dan Messi, dua penyerang dari Asia iaitu dan Sunil Chhetri (India) dan Ali Mabkhout (UAE) juga masih aktif bermain di pentas antarabangsa.
Berdasarkan senarai terkini penjaring gol terbanyak peringkat antarabangsa, Cristiano Ronaldo berada di kedudukan pertama dengan 117 gol diikuti penjaring terbanyak sepanjang zaman Iran, Ali Daie (109), Lionel Messi (90) di tempat ketiga dan Mokhtar Dahari di kedudukan keempat.
Chhetri pula mengumpul 84 gol untuk berkongsi tangga kelima dengan legenda Hungary dan Real Madrid, Ferenc Puskas, manakala Ali berada di tangga ketujuh dengan 80 gol.
Apa pun, Messi berpeluang memperbaiki rekod jaringannya di peringkat antarabangsa apabila bakal mewakili Argentina dalam kempen Piala Dunia 2022 di Qatar pada November nanti.
Tahun lalu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengiktiraf jaringan Mokhtar dalam 131 penampilan bersama skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.
Rekod jaringan Supermokh juga mengatasi pencapaian legenda Brazil, Pele yang meledak 77 gol.
Mokhtar, peledak paling digeruni dalam sejarah pasukan kebangsaan, pernah membantu Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka sebanyak empat kali, Sukan SEA dua kali serta meraih pingat gangsa Piala Asia 1974.
Pada saingan domestik, pemain kelahiran Ampang itu pernah membantu Selangor merangkul gelaran Piala Malaysia sebanyak 10 kali bermula 1972 hingga 1986, serta kejuaraan liga pada 1984.
Beliau meninggal dunia ketika berumur 37 tahun pada 11 Julai 1991 akibat penyakit distrofi otot di Subang Jaya Medical Centre. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 01 2022

Messi meledak dua gol ketiga membantu Argentina membenam Jamaica Rabu lalu. Gambar kecil: Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.

Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.

Biden akan anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada Messi, Wintour dan Bono
Joe Biden akan menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden kepada 19 tokoh terkenal beberapa hari sebelum tempoh pentadbirannya berakhir.

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.

MLS: Lionel Messi sambar Anugerah Pemain Paling Bernilai
LIONEL Messi mengetepikan cabaran bintang Columbus Crew, Cucho Hernandez, untuk menyambar Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) bagi tahun 2024.

Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.

Guardiola 'rosakkan' bola sepak - Luca Toni
LEGENDA bola sepak Itali secara berseloroh menuduh Pep Guardiola 'merosakkan' permainan dan kerjayanya selepas memperkenalkan sistem false nine dalam bola sepak.

Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.

Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.

Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.