TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) angkara COVID-19 yang dilanjutkan hingga 6 Disember depan memaksa aksi suku akhir Piala Malaysia yang dijadualkan minggu ini terpaksa ditangguhkan.
Penangguhan itu ekoran keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam menolak permohonan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi pihak Persatuan Bolasepak Malaysian (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk aksi suku akhir Piala Malaysia dilangsungkan di Kelantan dan Pahang.
Penangguhan terbaru itu adalah yang keempat dialami kejohanan bola sepak tertua negara berkenaan, secara tidak langsung mengundang kemungkinan apakah edisi kali ini dibatalkan dengan nasibnya dijangka diketahui hari ini.
Pihak MKN terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melihat risiko penularan pandemik itu dalam Piala Malaysia, sekali gus menolak usul yang diajukan KBS supaya peringkat suku akhir boleh dilangsungkan di dua daripada tiga negeri yang tidak tertakluk kepada PKPB.
BACA: Piala Malaysia ditangguh - Ismail Sabri
Kelibat Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, kelihatan hadir di KBS, Putrajaya, semalam untuk mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu itu sementara Presiden FAM merangkap Pengerusi MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin, tidak dapat hadir ekoran masalah kesihatan.
Stuart, bagaimanapun, tidak dapat memberi kepastian nasib Piala Malaysia sama ada terus ditangguh atau dibatalkan langsung, sebaliknya menyerahkannya MFL untuk membuat keputusan muktamadnya.
"Percaturan semula yang kena melibatkan (penjadualan) yang fleksibel memandangkan (keadaan) selalu berubah memang susah untuk semua pihak (aturkan) perancangan.
"Selepas perbincangan melibatkan MFL dan KBS (hari ini), satu keputusan akan diumumkan (kelak).
"Kami tidak mahu (mengulas) apa-apa (untuk mewakili MFL). Sudah pasti sebarang keputusan telah dipertimbangkan oleh semua pihak yang pasti mahu mengambil langkah yang sesuai buat semua," katanya semalam.
VIDEO: Penganjuran Liga Malaysia, FAM sokong keputusan MFL
Astro Arena
Mon Nov 09 2020

Stuart tidak dapat memberi kepastian nasib Piala Malaysia sama ada terus ditangguh atau dibatalkan langsung, sebaliknya menyerahkannya MFL untuk membuat keputusan muktamadnya. - Gambar fail
Consider This: Transnational Repression (Part 2) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Krittaporn Semsantad, Programme Director at the Bangkok-based Peace Rights Foundation.
Consider This: Transnational Repression (Part 1) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Douglas Teoh, spokesperson from the End Transnational Repression Alliance.
AWANI Tonight 13 March 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
AWANI Tonight: Ismail Sabri questioned by MACC for 6 hours, to resume tomorrow
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob spent around six hours providing his statement at the MACC headquarters, and is expected to return tomorrow as part of the agency’s ongoing corruption probe.
AWANI Tonight: Incoming PM visits steel plant as country imposes counter-tariffs against the US
Canada will impose $20 billion in retaliatory tariffs on U.S. goods starting Thursday in response to President Trump's steel and aluminium tariffs, according to Canada's Finance Minister.

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.
AWANI Ringkas: Kerajaan Madani selesai tunai sembilan tuntutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Di mana 250 rakyat Malaysia?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EdgeWood Residences: SkyWorld tawar keindahan lestari hijau di tengah bandar
SkyWorld memperkenalkan SkyWorld Healthy Home, prinsip reka bentuk inovatif yang menggabungkan strategi pasif, teknologi pintar dan ciri mesra alam untuk persekitaran hidup lebih sihat dan selesa.

15 penaja warnai saingan Liga-M - Stuart
12 daripada penaja telah dimuktamad setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya.

RM3.53 juta dibelanjakan untuk RTG tahun lepas - Stuart
Sejumlah RM3.53 juta telah dibelanjakan untuk enam sukan bagi pelaksanaan Program Road To Gold (RTG) sepanjang tahun lepas.

Sesi temu duga kelab Liga M3 minggu depan
Pihak FIB juga telah menerima dokumen tambahan diperlukan daripada pasukan terlibat pada Jumaat sebelum sesi tersebut berlangsung.

Saingan Liga-M ikut kalendar AFC bermula tahun depan
MFL kini masih dalam perbincangan bersama kelab bola sepak tanah air untuk memulakan perubahan itu bermula tahun depan.

'Bakar suar nampak hebat dari sudut gambar... tapi...'
Stuart Ramalingam berkata perkara itu tetap melibatkan aspek tatatertib di bawah bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sistem VAR: MFL setuju tetapi mahu mutu pengadil ditingkatkan
Pelaksanaan sistem VAR bukan sahaja memenuhi tuntutan bola sepak semasa, malah permintaan pemain dan pasukan serta keinginan penyokong.

MFL kekalkan harga tiket final Piala FA 2022
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata, senarai harga tiket perlawanan berkenaan dikekalkan seperti aksi final tahun lepas.

Piala Presiden, Belia dibatal buat tahun kedua
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik, hal-hal pengoperasian serta keselamatan.

FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.