Pasukan bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2019 akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dijangka membayar geran tahunan dalam tempoh terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Kevin Ramalingam berkata selepas penamatan kontrak bersama Telekom Malaysia Bhd (TM), MFL kini berada dalam fasa rundingan terakhir bagi menandatangani kontrak penajaan baharu bersama beberapa entiti demi kelangsungan pasukan bertanding dalam Liga M.
Katanya, MFL menjangkakan segala urusan berkaitan kontrak penajaan baharu itu dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira empat minggu sebelum menyalurkan geran tahunan kepada setiap pasukan.
"Sebelum ini proses rundingan adalah dalam tahap tunjuk minat tetapi sekarang kita telah memasuki fasa rundingan serius di mana ia mungkin boleh ditandatangani dan saya berharap dalam masa empat minggu akan datang semua kontrak dapat ditandatangani.
"MFL komited dalam mencari pengganti yang akan lebih menyokong kita untuk jangka masa panjang. Kita turut berjumpa dengan pasukan-pasukan untuk menerangkan status terkini berkaitan rundingan," katanya ketika ditemui pada majlis undian pusingan suku akhir Piala FA di sini, pada Khamis.
Menurut Kevin, sehingga kini jumlah geran tahunan kekal RM3 juta bagi pasukan Liga Super dan RM1 juta untuk pasukan Liga Premier, namun nilai itu mungkin berubah bergantung kepada jumlah penajaan diterima.
"Sasaran masih sama, kita cuba mendapatkan jumlah sama macam kita pernah lakukan dulu tetapi semuanya bergantung kepada kontrak-kontrak yang kita boleh tandatangani nanti," katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan setiap pasukan perlu mempunyai perancangan kewangan jangka masa panjang untuk mengelakkan daripada berdepan masalah kewangan.
Sebagai rekod, MFL sebelum ini menandatangani perjanjian selama lapan tahun bermula Januari 2017 dengan jumlah difahamkan sekitar RM480 juta untuk menguruskan Liga M. -- Bernama
Bernama
Thu Apr 18 2019

KEVIN: MFL menjangkakan segala urusan berkaitan kontrak penajaan baharu itu dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira empat minggu sebelum menyalurkan geran tahunan kepada setiap pasukan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

Kevin sah lepas jawatan CEO MFL
Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Ab Ghani Hassan sebagai pemangku CEO berkuat kuasa 1 Disember juga diumumkan.

Lima belum buat rayuan menjelang tarikh tutup minggu depan
Hanya lima daripada 10 pasukan sahaja sudah mengemukakan rayuan berkaitan kegagalan melengkapkan pendaftaran Liga Malaysia (Liga-M), sejak minggu lalu.