MELAKA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium, termasuk di tempat penginapan ketika saingan Liga Malaysia (Liga-M) berlangsung.
Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata isu keselamatan pemain tidak boleh dipandang ringan terutamanya selepas insiden yang berlaku membabitkan tiga pemain bola sepak baru-baru ini.
"Kejadian ini perlu dipandang serius lebih-lebih lagi sementara waktu ini... tindakan proaktif sewajarnya diambil kerana sebarang kemungkinan tidak boleh dijangka khususnya selepas perlawanan tamat.
"Kawalan keselamatan perlu diberikan perhatian maksimum bagi semua pasukan bukan sahaja di stadium malah sewaktu pemain pergi dan balik dari stadium," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Nur Azmi Ahmad di Ujong Pasir malam tadi.
Menurut Mohd Yusoff, walaupun beban tanggungjawab MFL dan persatuan bola sepak negeri bertambah, namun isu keselamatan pemain perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan insiden tidak diingini.
Sementara itu, Mohd Yusoff yang juga Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL) berkata Liga M3 yang kini dijenamakan semula sebagai Liga A1 Semi Pro juga tidak terkecuali untuk diberikan kawalan keselamatan.
Beliau berkata saingan di liga berkenaan turut membariskan bekas pemain kebangsaan yang perlu diberi perhatian sama seperti saingan liga utama negara.
"AFL akan memperincikan dalam aspek keselamatan terhadap pemain sebelum sepakmula Liga Semi Pro ini bulan depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Mohd Yusoff berkata isu keselamatan pemain tidak boleh dipandang ringan terutamanya selepas insiden yang berlaku membabitkan tiga pemain bola sepak baru-baru ini. - Gambar fail/Bernama

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Christopher Raj tidak pertahan jawatan Exco FAM
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Christopher Raj mengumumkan tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Hamidin tidak pertahan jawatan Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.

Prestasi pengurusan pasukan, pemain Harimau Malaya tidak berdaya saing - Pekan Ramli
Prestasi pengurusan dan para pemain skuad bola sepak kebangsaan disifatkan lemah dan tidak berdaya saing, ekoran kekalahan 0-4 kepada New Zealand pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1.

FAM bakal wujud unit khas kendali Harimau Malaya, B-23
FAM akan mewujudkan satu unit baharu bagi memantau prestasi dan menguruskan skuad bola sepak negara secara khusus.

FAM akan bentang struktur organisasi Harimau Malaya kepada Perdana Menteri - Hamidin
FAM berjanji untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.

Peruntukan khas kerajaan RM5 juta khusus untuk skuad kebangsaan - FAM
FAM menjelaskan peruntukan khas RM5 juta oleh kerajaan kepada badan induk bola sepak negara itu pada Januari lalu adalah khusus untuk mengurus dan meningkatkan keupayaan skuad kebangsaan.

Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.

FAM umum senarai akhir 23 pemain ke Kejuaraan B-16 ASEAN di Surakarta
FAM dalam kenyataan memaklumkan skuad bimbingan Javier Jorda Ribera itu akan berlepas ke Surakarta, esok.

FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.