KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan untuk mengekalkan harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2022 antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang dijadual berlangsung pada 9 malam 10 Sept ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata, senarai harga tiket perlawanan berkenaan dikekalkan seperti aksi final tahun lepas bermula dengan General Admission berharga RM50 dan RM70, Premium Granstand RM150 serta satu kategori baharu VIP Grandstand RM200.
"MFL menetapkan empat 'tier' harga tiket bagi perlawanan akhir Piala FA 2022 dengan masih mengekalkan harga asal meskipun saban tahun berdepan dengan peningkatan kos penganjuran.
"Empat 'tier' tiket ini dapat memberi lebih pilihan kepada penyokong untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan final itu nanti," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan MFL.
Badan pentadbir bola sepak itu turut mengumumkan sebanyak 78,000 tiket disediakan bagi perlawanan akhir tersebut dan urusan penjualan tiket diserahkan kepada setiap kelab untuk penyokong masing-masing.
"Ini adalah bagi memastikan tiket yang dijual dapat dibeli oleh penyokong pasukan finalis secara sama rata dan adil," menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut mengenai proses jualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh pihak TFC dan JDT dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata, senarai harga tiket perlawanan berkenaan dikekalkan seperti aksi final tahun lepas. - Gambar fail

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Piala Malaysia: Stadium Nasional Bukit Jalil venue final, harga tiket serendah RM50
Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi menjadi pilihan venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 yang dijadual berlangsung 26 Nov ini.

MFL kekalkan harga tiket final Piala FA 2022
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata, senarai harga tiket perlawanan berkenaan dikekalkan seperti aksi final tahun lepas.

Tiket final Piala Malaysia dijual sehari sahaja - KFA
Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia hanya akan dijual sehari sahaja iaitu pada Khamis ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk KFA.