KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kesal dengan insiden pergaduhan di antara segelintir penyokong Kuala Lumpur (KL) City FC dan Selangor FC di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata budaya samseng bola sepak tidak akan sesekali mendapat tempat di dalam Liga Malaysia (Liga-M) dan beliau bersimpati dengan mangsa yang difahamkan mengalami kecederaan akibat mercun serta lain-lain semasa kekecohan itu.
Beliau berkata perbuatan itu turut memberi kesan buruk terhadap industri Liga-M yang sedang berusaha keras untuk mendapatkan lebih banyak kelonggaran daripada kerajaan sejak pandemik COVID-19 melanda negara lebih dua tahun.
"MFL mengutuk sekeras-kerasnya tindakan samseng bola sepak ini. Stadium sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk beriadah, bersantai dan menikmati sukan bola sepak bukannya pusat pergaduhan sesama sendiri.
"Kita tidak mahu disebabkan perbuatan kelompok kecil ini, golongan lain menanggung akibat sekali gus menyukarkan usaha semua pihak di dalam industri bola sepak untuk mendapatkan kelonggaran khusus daripada pihak kerajaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Stuart berkata pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada pihak berkuasa selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City Stanley Bernard dan CEO Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon berhubung insiden itu.
"Bukan sahaja KL City dan Selangor tetapi kesemua pasukan yang bertanding dalam Liga-M menolak keras budaya samseng dalam bola sepak kerana itu bukan budaya kita.
"Semua pihak senada dalam perkara ini dan saya berharap industri bola sepak di negara ini dapat bebas daripada budaya samseng bola sepak.
"Paling mustahak, kita mesti memastikan stadium selamat untuk semua peminat dan tidak membiarkan tindakan segelintir itu membahayakan kanak-kanak serta orang dewasa demi keselamatan dan persekitaran yang selesa diperlukan untuk semua penyokong," katanya.
Terdahulu, tular video kekecohan di antara segelintir penyokong KL City dan Selangor FC di Stadium KLFA selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi Liga Super semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 05 2022

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kesal dengan insiden pergaduhan di antara segelintir penyokong Kuala Lumpur (KL) City FC dan Selangor FC di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras semalam. - Foto Sinar Harian/media sosial
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

MFL umum pindaan lima perlawanan, Piala Malaysia turut ditunda
MFL mengumumkan tarikh masa dan venue yang baharu bagi lima perlawanan Liga Super sambil membuat perubahan terhadap aksi TM Piala Malaysia.

Keputusan tangguh perlawanan Perak FC-JDT berdasarkan manual liga - MFL
Giorgio Pompili Rossi memaklumkan keputusan penangguhan perlawanan di Stadium Perak, Ipoh itu berdasarkan Manual Liga Malaysia 2024-2025.

Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.

Liga Premier tidak akan dikembalikan tahun depan - Rossi
Harapan peminat bola sepak negara untuk melihat kembali saingan Liga Premier seawal musim depan tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat kerana kesuntukan masa.

Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.

Tiket final Piala Asia 2024 serendah RM50 - MFL
Final Piala FA itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 malam.

Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat
KL City FC hari ini dikenakan hukuman berat susulan mengemukakan deklarasi tunggakan yang tidak tepat dalam proses permohonan lesen kebangsaan dan AFC.

Kontrak Stuart bersama MFL dalam rundingan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam mengesahkan beliau sedang merundingkan kontraknya yang bakal tamat Ogos ini.