KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan memansuhkan pelaksanaan peraturan jaringan tempat lawan dalam kejohanan kalah mati berkuat kuasa hari ini, selaras dengan perubahan masa kini.
Badan pentadbir Liga Malaysia itu dalam kenyataannya memaklumkan, ia melibatkan Artikel 2.6.3(iv) dan (vi) Peraturan Pertandingan dalam Manual Liga Malaysia, yang berkaitan peraturan semasa untuk menentukan kelab pemenang dalam pertandingan kalah mati yang turut merangkumi peraturan jaringan tempat lawan.
Kenyataan MFL itu menyatakan, Kesatuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) telah memutuskan untuk memansuhkan peraturan jaringan tempat lawan bermula musim 2021/2022, sementara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pula memaklumkan akan melakukan yang sama bermula musim depan.
"Justeru MFL telah memutuskan untuk menyelaraskan peraturannya dengan perubahan terkini AFC dan UEFA, dengan memansuhkan peraturan kelebihan 'away goal' dalam kejohanan kalah mati.
"Perubahan peraturan ini bermakna bahawa perlawanan yang terikat secara agregat selepas 180 minit timbal balik, akan dilanjutkan ke masa tambahan selama 30 minit. Jika kedua-dua pasukan masih terikat, maka pemenang perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, MFL mengesahkan pemansuhan tersebut akan berkuatkuasa dalam kejohanan Piala Malaysia, yang dijadual membuka tirai pada 26 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
MFL mengambil keputusan memansuhkan pelaksanaan peraturan jaringan tempat lawan dalam kejohanan kalah mati berkuatkuasa hari ini.
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
Liga Premier tidak akan dikembalikan tahun depan - Rossi
Harapan peminat bola sepak negara untuk melihat kembali saingan Liga Premier seawal musim depan tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat kerana kesuntukan masa.
MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu konsisten dengan hukuman serta menyatakan rasional di sebalik setiap keputusan dibuat.
Rayuan ditolak, Kelantan FC terpaksa lupakan Liga Super
Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.
Sepak mula musim baharu Liga-M pada Mei 2024
Musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 akan bermula pada 3 Mei 2024 dan dijadual berakhir April 2025.
Final Piala Malaysia pada 8 Dis di Stadium Nasional
MFL mengesahkan bahawa final Piala Malaysia 2023 antara JDT dan Terengganu FC bulan depan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Liga Super: Masalah kewangan ancam jumlah pasukan musim depan
Isu masalah kewangan sehingga menjejaskan pembayaran gaji pemain dan pegawai berpotensi menggugat perancangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk mengekalkan jumlah pasukan bertanding dalam saingan Li
Liga-M 2024 bermula April
Liga Malaysia musim depan bakal bermula pada April 2024 hingga April 2025 selari dengan takwim Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Perkenalkan FFP di negara ini tahun depan - TMJ
TMJ juga menyarankan FAM dan MFL mengutamakan pembangunan bakat akar umbi pasukan bola sepak di negara ini.
Piala Malaysia: Aksi final JDT bertemu Selangor berulang?
JDT diundi bertemu pasukan tercorot liga, Kelantan FC, dalam perlawanan yang dimulakan dengan pusingan 16 terbaik.
MFL mansuh kelebihan 'away goal' selaras perubahan UEFA, AFC
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan memansuhkan pelaksanaan peraturan jaringan tempat lawan dalam kejohanan kalah mati berkuat kuasa hari ini, selaras dengan perubahan masa kini.