Dua perlawanan menarik berlangsung pada hujung minggu lalu namun mutu pengadilan menjadi tumpuan utama di kalangan kelab-kelab penyokong yang menyertai Liga Kelab Penyokong Malaysia ataupun Malaysian Fans League (MFL).
Perlawanan mendebarkan menyaksikan kelab penyokong Liverpool, All Reds Malaysia Central FC (ARM) berjaya mengikat kelab penyokong Manchester United, My Man Utd 2-2 dengan gol penyamaan di penghujung permainan oleh Fawwaz.
ARM dua kali bangkit selepas ketinggalan namun pengadil gagal memberikan penalti kepada My Man Utd walaupun pemainnya dijatuhkan dalam kotak penalti selain tiada kad yang dilayangkan disebalik kekasaran yang dibuat oleh pemain kedua-dua pasukan.
Pengurus My Man Utd, Shahrizal meluahkan kekecewaannya dan mahu ketua pengadil liga lebih tegas dalam pengadilan dan jangan terlalu banyak membuat kesilapan semasa membuat keputusan.
“Saya tahu pengadil ada buat silap, tetapi jangan terlalu banyak sangat sampai boleh membuatkan kedua-dua pasukan bergaduh,” kata Shahrizal menerusi aplikasi pesanan ringkas Whatsapp.
Pergaduhan hampir tercetus dalam perlawanan antara dua kelab penyokong seteru utama dalam Liga Perdana Inggeris itu, selepas pengadil gagal memberikan penalti kepada My Man Utd dalam babak kedua.
Wakil Buletin Manchester United (BMU), Zulfaris Zahari turut bersetuju dengan kenyataan Shahrizal mengenai mutu pengadilan.
Bagi ketua pasukan ARM, Kudin Abdulazeez, pengadil gagal mengawal perlawanan dengan baik pada malam itu.
"Tiada satu layangan kad pun bagi kekasaran, walaupun wajar diberikan kad amaran," kata Kudin.
Sementara itu dalam satu lagi perlawanan, kelab penyokong Chelsea, Soljabiru FC membelasah kelab penyokong Real Madrid, Malaysia Real Madrid Supporters Club (MRMSC) 5-0.
MRMSC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas seorang pemain dibuang padang akibat dilayang kad merah dalam babak yang kedua.
Bagi pengurus pasukan Soljabiru, Murthada Alias, mutu pengadilan pada malam itu langsung tidak memuaskan.
“Kalau sekali dua OK lagi, tetapi telampau banyak kesilapan pengadil. Salah seorang pemain Soljabiru yang beraksi malam itu juga pengadil liga Selangor.” kata Murthada.
“Banyak benda berlaku di padang bagaimanapun wisel tidak ditiup dan tiada kad diberikan, hanya kad merah sahaja dilayangkan,” jelas Murthada lagi.
Sementara itu, penolong pengurus Soljabiru, Fakhrin Md Yasin memberitahu mereka tiada masalah besar dengan pengadil dan mungkin isu sebenar wujud semasa perlawanan antara My Man Utd dan ARM.
Bagi Fakhrin, perlu ada perbincangan dengan antara ketua pasukan atau pengurus dengan pengadil sebelum perlawanan bermula untuk menyelesaikan isu pasukan tidak mematuhi kuota pemain bawah 30 tahun bagi setiap perlawanan.
“Jika pihak lawan tidak berpuas hati, mereka boleh mencabar keputusan yang dibuat sebelum perlawanan kerana memeriksa kad pengenalan pemain akan membazir banyak masa memandangkan pengadil kata perlawanan bermula lambat dan terpaksa memendekkan masa permainan.” kata Fakhrin.
Salah satu peraturan bagi MFL adalah hanya dua pemain dibawah usia 30 tahun boleh diturunkan dalam perlawanan untuk memberikan peluang sama rata antara pemain-pemain kelab penyokong, di mana majoriti berusia 30 tahun dan ke atas.
Dalam pada itu, penganjur liga, Peter Lo memberitahu pihak pengadil sudah melakukan yang terbaik untuk menjaga mutu pengadilan perlawanan dan menyambut baik pandangan semua yang terlibat untuk mereka membaiki standard pengadilan.
Ketua pengadil juga berjanji akan mengambil tindakan terhadap pengadil perlawnaan malam itu dan membaiki kelemahan yang ada.
Dua minggu lepas, kelab penyokong Everton Malaysia, Everton Supporters Club Malaysia (ESCM) membelasah kelab penyokong Barcelona, FC Barcelona Malaysia 5-0.
Sementara BMU seri 1-1 dengan Arsenal Malaysia.
Astro Awani
Tue Oct 23 2018

Pemain Soljabiru FC, Uzhzaidi Aahmad (dua dari kanan) mengelak cabaran pemain MRMSC pada perlawanan Ahad lepas. - Foto Elkay Studio.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

#AWANIFinalUCL: Penyokong Spurs dan Liverpool mulakan banter
Mana ada penyokong yang akan kata pasukan mereka akan kalah, ini ramalan penyokong Spurs dan Liverpool.