KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) komited dalam menjayakan penganjuran Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 walaupun kosnya dijangka boleh mencecah RM2 juta.
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata peningkatan kos itu berlaku kerana pihaknya perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk konsep gelembung sukan saingan liga yang dijadualkan bermula 11 Mac hingga 3 April ini.
Di bawah gelembung MHL, semua pemain, jurulatih dan pegawai terlibat akan ditempatkan di penginapan yang sama dan tidak dibenarkan keluar atau bergaul dengan pihak di luar gelembung itu.
"Saya rasa angka RM300,000 itu tidak betul, bayangkan nak bagi tidur hotel, makan minum, pengangkutan, semuanya perlu dijaga serapi-rapinya untuk menunjukkan kita yang terbaik. Kita akan buat apa sahaja yang kerajaan minta kita buat (untuk membuktikan) kita boleh anjurkan liga dengan jaya, tanpa sebarang masalah, dan kita boleh jadi model peranan bagi mana-mana sukan di negara ini.
"Mungkin makan belanja RM2 juta... Kita terpaksa bertungkus-lumus untuk cari penaja seperti penginapan, selain bantuan besar daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Macam mana sekalipun, ia (MHL) akan berlangsung pada Mac ini," katanya pada sidang media mengenai pengumuman Pusat Latihan Program Khas Akar Umbi di Stadium Hoki Nasional, di sini semalam.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM Datuk Seri Anil Jeet Singh berkata kos bagi gelembung MHL untuk menempatkan kira-kira 600 orang di penginapan yang disediakan bermula 10 Mac dianggarkan sekitar RM300, 000.
Sementara itu, Subahan juga yakin pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi pelepasan kepada pemain berstatus pelajar untuk menyertai MHL kali ini di sebalik kerisauan mengenai pandemik COVID-19.
"Insya-Allah kita akan maklumkan dalam masa terdekat (mengenai persetujuan KPM), tapi saya rasa tak ada masalah kerana KPM pun rakan kongsi kita bersama-sama MSN (Majlis Sukan Negara)," katanya.
Beliau juga mengesahkan bahawa kesemua lapan pasukan bagi kategori lelaki dan enam pasukan bagi kategori wanita yang telah mendaftar akan meneruskan penyertaan mereka.
Bagi kategori lelaki, juara bertahan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Pasukan Hoki Terengganu (THT), Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Thunderbolts, Maybank, Universiti Teknologi Mara, Nurinsafi Hockey Team dan Sabah telah mengesahkan penyertaan sebelum ini.
Kategori wanita pula dibarisi oleh PKS UniTen, PDRM Blue Warriors, Mutiara Impian, Sabah, Young Tigress dan UniKL Ladies.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021

Subahan mengesahkan bahawa kesemua lapan pasukan bagi kategori lelaki dan enam pasukan bagi kategori wanita yang telah mendaftar akan meneruskan penyertaan mereka. - Gambar hiasan
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.

KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal melantik empat jurulatih tambahan bagi membantu ketua jurulatih skuad kebangsaan Sarjit Singh mengendalikan skuad remaja negara pada masa akan datang.

Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.

'Habuan' menanti skuad hoki 5s lelaki negara - Subahan
Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara bakal menerima habuan sewajarnya susulan kejayaan mara ke pentas final edisi sulung kejohanan Piala Dunia Hoki 5s 2024 berlangsung di Muscat, Oman.

Arul sedia terima sebarang keputusan KHM
Arul berkata beliau mempunyai perancangan tersendiri buat pasukan kebangsaan sekiranya KHM masih terus memberi peluang kepadanya.

MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta bagi menampung perbelanjaan dan melicinkan pengurusan persatuan dalam mengharungi musim 2024.

Hoki: KHM kecewa pencapaian Young Tigers di JWC 2023
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal kecewa dengan prestasi ditunjukkan oleh skuad hoki remaja negara di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.

Salur peruntukan cukup kepada ISN - Subahan
Ia bagi memastikan ISN dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada persatuan sukan kebangsaan tanpa memikirkan kekangan kewangan.

Subahan menang tanpa bertanding presiden KHM penggal ketiga berturut-turut
Datuk Seri Subahan Kamal hari ini secara rasmi mempertahankan jawatan nombor satu Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi penggal 2023-2027.

Young Tigers perlu segera baiki kelemahan untuk saingan Piala Dunia Remaja
Skuad remaja kebangsaan perlu memperbaiki segera beberapa kelemahan sebelum menghadapi kejohanan Piala Dunia Remaja bulan depan.