Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan kempen mempertahankan Piala Malaysia 2018 dengan langkah kiri apabila tewas mengejut 1-2 kepada pendatang baharu, MIFA pada aksi Kumpulan C di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, malam tadi.
Pemain import dari Korea Selatan, Bae Beom-guen menghadiahkan gol kemenangan untuk pasukan Liga Premier itu apabila sepakan melencong tepat ke penjuru kanan gol melakarkan kejutan ke atas JDT, juara Liga Super lima musim berturut-turut itu.
Biarpun turun sebagai 'underdog', MIFA menampilkan aksi terpuji apabila berjaya mematahkan beberapa percubaan berbahaya JDT sebelum Kpah Sean Sherman berjaya mengelirukan kapten Marcos Antonio untuk menjaringkan gol pertama MIFA pada minit ke-18.
Tersentak dengan jaringan itu, JDT meningkatkan rentak dan sering mengasak kubu pelawat namun gagal melakukan penyudahan sehingga babak pertama.
Pada babak kedua, strategi jurulatih MIFA, K. Devan untuk bermain secara defensif berjaya menghalang barisan depan JDT sebelum Fernando Marquez menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-68.
Pengadil, Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim menghadiahkan sepakan penalti apabila bola lontaran Corbin Ong terkena tangan kapten B. Tinagaran.
Dalam satu lagi aksi kumpulan C, juara lima kali Kedah gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah terikat tanpa jaringan menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Sementara itu, pasukan Liga Super, PKNS FC turut bermula dengan cemerlang setelah menang selesa 5-2 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi pembukaan kumpulan B di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Lima gol pasukan pelawat diperolehi menerusi sepakan penalti Romel Oswaldo Moralez pada minit ke-26 selain empat gol padang iaitu Daniel Sang Ting (47') , Muhammad Faris Ramli (63') Rafael Ramazotti (74') dan Mohd Safee Sali pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.
PDRM meraih gol hasil sentuhan penyudah Petrisor Voinea pada minit ke-45 dan Muhamad Baqiuddin Shamsudin pada minit ke-78.
Satu lagi aksi kumpulan B di antara juara Liga Premier, Felda United dan Melaka di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 05 2018
Pemain JDT, Ahmad Hazwan Bakri cuba melepasi pertahanan MIFA Wan Mohd Syukri Wan Ahmad pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, 5 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA
AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tiada bukti telefon bimbit sebabkan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.
Jepun pertimbang bantuan perubatan, pendidikan untuk warga Palestin
Perdana Menteri Jepun berkata kerajaan mempertimbang untuk menawarkan bantuan perubatan dan pendidikan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat perang.
BN tidak pernah bincang untuk singkirkan MCA - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) tidak pernah melakukan perbincangan untuk menyingkirkan MCA sebagai parti komponennya.
Majikan, enam etnik Rohingya hadapi pertuduhan bunuh
Seorang majikan warga tempatan serta enam etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan membunuh dan tanam rakan sekerja di dalam kolah pada 28 Januari lalu.
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka direman kes salah guna kuasa
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka direman lima hari selepas disyaki terlibat kes rasuah tahun lalu.
Peniaga didakwa lakukan ugutan jenayah, lepaskan tembakan
Seorang peniaga didakwa atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap lima remaja dan melepaskan tembakan di tempat yang tidak dibenarkan
PM jelaskan 85 peratus rakyat tidak terkesan kenaikan tarif elektrik
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan mulai Julai ini hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat negara ini.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: 85% tidak terkesan kenaikan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serpihan pesawat American Airlines dibawa keluar dari Sungai Potomac
Sebahagian besar serpihan badan pesawat American Eagle yang terhempas selepas perlanggaran udara dengan helikopter Black Hawk di Washington, DC berjaya dikeluarkan dari Sungai Potomac.
MIFA kejutkan juara bertahan JDT
Bae Beom-guen menghadiahkan gol kemenangan untuk pasukan Liga Premier itu apabila sepakan melencong tepat ke penjuru kanan gol melakarkan kejutan ke atas JDT.