KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek menerima permohonan maaf Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berhubung kemelut yang tercetus antara beliau dan badan induk itu baru-baru ini.
Pengurus peribadi Misbun, Nor Kamal Ahmad berkata jurulatih berusia 63 tahun itu lega dengan penjelasan Mohamad Norza dan tidak mahu memanjangkan lagi kemelut dengan BAM.
Namun, bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) itu belum membuat keputusan sama ada menerima atau sebaliknya tawaran Mohamad Norza untuk kembali melatih skuad muda negara mengikut kontrak asalnya sehingga hujung tahun ini.
"Sehingga ini belum ada surat tawaran daripada BAM, kerana surat penamatan kontrak sudah diterima pada Jumaat lepas.
"Jika ada tawaran surat, Datuk Misbun akan mempertimbangkan keputusannya berdasarkan perincian surat berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Nor Kamal berkata Misbun juga tidak bersedia untuk bertemu media dan mahu berehat buat sementara.
Jumaat lepas, Jawatankuasa Khas BAM diketuai Timbalan Presidennya Datuk V. Subramaniam pada satu sidang media memaklumkan mencapai persetujuan bersama Misbun untuk berpisah susulan prestasi hambar skuad badminton remaja di Kejohanan Remaja Asia yang berlangsung di Jogjakarta, Indonesia, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Misbun pada sidang media pada Isnin menafikan perkara itu, malah mendakwa dia diberhentikan tanpa sebarang pembelaan dan bukan persetujuan bersama.
Berikutan itu, semalam, Mohamad Norza membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sidang media dan melangkaui keputusan jawatankuasa khas dengan menawarkan kepada Misbun untuk menghabiskan kontrak asal bersama ABM hingga hujung tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023

Misbun dikatakan lega dengan penjelasan Mohamad Norza dan tidak mahu memanjangkan lagi kemelut dengan BAM. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Hidup sihat, inovatif bersama Misbun, Jailani Sidek dengan Destina1 International
Dua legenda kongsi cara pertingkat kualiti kesihatan dan kesejahteraan diri dengan produk -Uniwave by Quantes Technology."

Malaysia masih dalam hati - Misbun
Hati Misbun belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini.

ABM lantik Robosin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu
Bekas pemain badminton Indonesia Jeffer Rosobin dijadual menjalankan tugas selaku Ketua Jurulatih Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu.

Norza masih relevan pimpin BAM - Misbun
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria masih relevan untuk memegang tampuk kepimpinan badan induk sukan tersebut.

Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara
Misbun telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara setelah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kemelut Misbun, BAM selesai
Kemelut Misbun dengan BAM menemui jalan pendamaian selepas badan induk badminton negara itu mengesahkan mencapai penyelesaian secara baik.

Misbun sudah hantar jawapan, masih sayang anak buahnya
Datuk Misbun Sidek sudah menghantar surat jawapan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung tawaran diberikan kepadanya sebelum ini.

Misbun terima permohonan maaf Norza, akan pertimbang tawaran BAM
Datuk Misbun Sidek menerima permohonan maaf Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berhubung kemelut yang tercetus antara beliau dan badan induk itu.

Chong Wei akui terguris kemelut melanda BAM-Misbun
Chong Wei mendedahkan hatinya jelas terguris dengan kemelut yang melanda dua entiti itu.

BAM tawar Misbun kembali berkhidmat hingga tamat kontrak, urai kemelut salah faham
Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria, menjelaskan kemelut yang melanda persatuan itu dengan Datuk Misbun Sidek, adalah disebabkan salah faham.