TOKYO: Jaguh olahraga para kebangsaan, Muhammad Ziyad Zolkefli mempunyai misi istimewa untuk dilunaskan buat negara tercinta Sukan Paralimpik Tokyo kali ini.
Selain mempertahankan pingat dimenanginya di Rio 2016, Muhammad Ziyad yang bersaing dalam acara lontar peluru T20 (masalah pembelajaran) menyatakan hasrat tidak mahu mensia-siakan peluang beraksi di Stadium Olimpik pada tanggal 31 Ogos ini.
Muhammad Ziyad menyifatkan penampilan ketiganya pada Sukan Paralimpik akan menjadi lebih bermakna, sekiranya dapat menambah koleksi emas buat negara pada tarikh bersejarah itu, yang secara kebetulan merupakan sambutan Hari Kebangsaan ke-64, di Malaysia.
"Saya akan cuba buat sebaik mungkin dalam Paralimpik Tokyo dan sudah semestinya saya berasa bangga, sekiranya dapat meraih emas pada 31 Ogos ini," katanya kepada Bernama.
Atlet berumur 31 tahun itu mencipta sensasi di Rio 2016, apabila memecahkan rekod baharu dunia dan Paralimpik dengan jarak 16.84 meter (m) untuk merangkul emas, sekali gus memadam rekod milik atlet Australia Todd Hodgetts.
Tidak cukup dengan itu, beliau terus unggul dalam acara disertainya apabila memperbaharui rekod dunia yang dilakukannya sebelum ini, dengan lontaran sejauh 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London 2017.
Sementara itu, Muhammad Ziyad memaklumkan persiapannya ketika ini berjalan lancar, walaupun terpaksa menjalani latihan di bawah konsep gelembung sukan sejak tahun lepas, susulan pandemik COVID-19.
Muhammad Ziyad tidak keseorangan dalam kempennya di Tokyo, apabila turut disertai dua pemenang emas Rio 2016 Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bagi acara 100m T36 (celebral palsy) dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran).
Bukan itu sahaja, dua lagi atlet yang melengkapkan cabaran negara bagi sukan olahraga para ialah Siti Nooriasah Mohamad Ariffin dalam acara 400m wanita T20 (masalah pembelajaran) dan Wong Kar Gee untuk lompat jauh T13 (masalah penglihatan).
Bagi edisi kali ini, seramai 22 atlet akan menyahut cabaran mengibar Jalur Gemilang dalam sembilan jenis sukan disertai kontinjen negara, pada temasya berprestij di Jepun itu.
Sukan Paralimpik Tokyo akan dibuka secara rasmi malam ini dan berakhir pada 5 Sept.
Berikut adalah profil Muhammad Ziyad:
Nama penuh: Muhammad Ziyad Zolkefli
Umur: 31 tahun
Tarikh lahir: 15 Mac 1990
Tempat lahir: Kuantan, Pahang
Hobi: Menonton wayang
Pencapaian terbaik: Emas Sukan Paralimpik Rio 2016, gangsa Sukan Paralimpik. London 2012, juara dunia 2013 dan 2017, emas Sukan Para Asia 2018
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
![Misi kemerdekaan Ziyad di Paralimpik Tokyo Misi kemerdekaan Ziyad di Paralimpik Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629781328_TBRACHEL.jpg)
Muhammad Ziyad menyifatkan penampilan ketiganya pada Sukan Paralimpik akan menjadi lebih bermakna, sekiranya dapat menambah koleksi emas buat negara pada tarikh bersejarah itu. - Instagram ziyadzolkefli
![Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin” Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793021_TBMohammadMustafa.jpg)
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
![Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723452979_IbuKotaNusantara.jpg)
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
![Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738792621_TBpasarkeramat.jpg)
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
![Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737330147_GazaPalestineHam.jpg)
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
![445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI 445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738770997_GobindSinghDeo.jpg)
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
![Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642351694_KelapaMentah.jpg)
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
![Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025 Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737524977_HannahYeoh.jpg)
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
![Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715641652_paralimpik.jpg)
Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Dua kejohanan terbesar ini bakal menjadi kayu pengukur untuk prestasi terkininya setelah lebih sedekad bergelar jaguh lontar peluru negara.
![Latif, Ziyad tuai emas di Dubai Latif, Ziyad tuai emas di Dubai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707885941_Sukan.jpg)
Latif, Ziyad tuai emas di Dubai
Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul pingat emas di Dubai 2024 World Para Athletics Grand Prix, semalam.
![Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698148375_TBziyad.jpg)
Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.
![Tetap tunggu ayah balik baru keluar - Isteri hadiahkan Ziyad Zolkefli anak ketiga Tetap tunggu ayah balik baru keluar - Isteri hadiahkan Ziyad Zolkefli anak ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660216282_TBziyad.jpg)
"Tetap tunggu ayah balik baru keluar" - Isteri hadiahkan Ziyad Zolkefli anak ketiga
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling bermakna sejurus pulang selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN.
![Ziyad Zolkefli mahu segera pulang sambut cahaya mata Ziyad Zolkefli mahu segera pulang sambut cahaya mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659439176_TBPARAGAMESZIYAD.jpg)
Ziyad Zolkefli mahu segera pulang sambut cahaya mata
Ketika Ziyad sedang berjuang mempertahankan pingat emas acara lontar peluru di Solo, isterinya, Zafirah Nasir, sedang sarat mengandung.
![Ziyad dijangka sumbang emas pertama Malaysia di Solo hari ini Ziyad dijangka sumbang emas pertama Malaysia di Solo hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659287255_TBZIYAD.jpg)
Ziyad dijangka sumbang emas pertama Malaysia di Solo hari ini
Pingat emas Malaysia di temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, dijangka hadir menerusi jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli pada pagi Isnin.
![Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630682405_MuhammadZiyadZolke.jpg)
Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah, memberi gambaran sukar dalam proses menganalisis bahan bukti itu.
![Isu Ziyad: Jawatankuasa siasatan mula mesyuarat minggu depan Isu Ziyad: Jawatankuasa siasatan mula mesyuarat minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631629956_MuhammadZiyadZokef.jpg)
Isu Ziyad: Jawatankuasa siasatan mula mesyuarat minggu depan
Kesemua hasil dapatan daripada mesyuarat jawatankuasa siasatan dalaman itu akan diserahkan kepada KBS selepas 8 Okt.
![Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631955341_TBziyad.jpg)
Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan bahawa tindakannya membotakkan kepala diambil selepas berjaya melebihi sasaran cabaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo