Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan meneliti dan mendapatkan laporan penuh berhubung tindakan protes pasukan Mobile Legends Malaysia, AirAsia Saiyan dalam kejohanan Piala Asia Tenggara (MSC) pagi tadi.
Dalam satu catatan tweet kepada Astro AWANI, Syed Saddiq berkata beliau kemudian akan melakukan perbincangan mengenai tindakan susulan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim, turut menyatakan mereka akan meneliti perkara ini dengan lebih mendalam sebelum melakukan apa-apa tindakan yang seterusnya.
"Kekalkan semangat membara, AirAsia Saiyan! Jangan berputus asa," kata Steven dalam catatan tweetnya itu kepada Astro AWANI.
Pagi tadi, AirAsia Saiyan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan tersebut selepas kira-kira enam jam layak ke pusingan separuh akhir semalam.
Menerusi kenyataan pagi tadi, AirAsia Saiyan berkata tindakan menarik diri itu adalah sebagai langkah protes terhadap tindakan penganjur kejohanan tersebut iaitu RevivaLTV.
BACA: Mobile Legends : AirAsia Saiyan protes, tarik diri daripada MSC
Selepas mengambil keputusan untuk menarik diri daripada MSC, AirAsia Saiyan turut bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap RevivaLTV.
"Sebagai wakil Malaysia di MSC, kami bersependapat bahawa integriti pertandingan amat penting untuk pembangunan e-sukan di Asia Tenggara, dan ianya bukanlah sesuatu yang kami boleh bertolak ansur dua kali, dalam dua hari pertandingan MSC ini.
"Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak RevivalTV kerana kontrak kami ditandatangani di antara pihak AirAsia Saiyan dan RevivaLTV.
"Kami kecewa, tetapi kami percaya bahawa ini adalah keputusan yang betul demi pembangunan e-sukan di masa depan. Sekali lagi, kami ingin memohon maaf kepada penyokong-penyokong ASYN dan juga rakyat Malaysia kerana gagal mengibarkan bendera Malaysia pada hari ketiga MSC," kata AirAsia Saiyan.
AirAsia Saiyan turut mendakwa kesalahan yang dilakukan RevivaLTV tidak sepatutnya menjejaskan integriti kejohanan ini terutama apabila pengumuman pasukan itu layak ke separuh akhir telah diputuskan pada pukul 11 malam semalam.
BACA: AirAsia Saiyan layak ke separuh akhir
Kejohanan MSC yang berlangsung sejak 27 Julai lalu disertai 10 pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM400,000.
AirAsia Saiyan merupakan wakil tunggal daripada Malaysia dan terdiri daripada enam anak muda berbakat besar iaitu Ahmad Fuad 'Fredo' Razali, Andi Alfian 'Gripex' Firman, Herwin 'Rush' Baharuddin, Abdul Wandi, 'Logan' Abdul Kadir, Sofian 'Penjahat' Sultan dan Mohd Faris 'Soloz' Zakaria
MSC yang memasuki edisi kedua tahun ini, dilihat sebagai salah sebuah kejohanan terbesar e-sukan mudah alih di rantau ini.
Mariah Ahmad
Sun Jul 29 2018

SYED SADDIQ: Saya akan dapatkan laporan penuh berkenaan kes ini dan bincangkan tindakan susulan.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Mobile Legends: Maruah AirAsia Saiyan tercalar
Ini luahan pemain-pemain AirAsia Saiyan apabila terlibat dengan drama kontoversi Piala Asia Tenggara Mobile Legends pada bulan lalu.

Mobile Legends: "Ia bukan satu masalah besar" - Fredo
Kapten AirAsia Saiyan Ahmad Fuad Razali berkata pasukannya tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap pasukannya dan pasukan Indonesia, Aerowolf.

Mobile Legends: Tindakan peminat Malaysia 'serang' Aerowolf kurang bijak
Tindakan tersebut dilihat mengikut emosi semata-mata tanpa sebarang rasional memandangkan Aerowolf bukan pihak yang bertanggungjawab dengan masalah dalam MSC.

Mobile Legends: "Ini pengajaran besar kami" - RevivaLTV
RevivaLTV bersedia bertanggungjawab dengan insiden yang berlaku semasa perlawanan pemilihan pasukan ke separuh akhir Piala Asia Tenggara (MSC).

Mobile Legends: Moonton minta maaf muncul 2 kontrak berbeza MSC
Moonton berkata kesilapan penganjur kejohanan, RevivaLTV telah menyebabkan pasukan Malaysia AirAsia Saiyan dan pasukan Indonesia Aerowolf menandatangani dua perjanjian kontrak kejohanan yang berbeza.

Mobile Legends: "Saya akan teliti laporan penuh" - Syed Saddiq
Menteri Belia dan Sukan itu akan meneliti laporan berhubung kes protes AirAsia Saiyan dalam Piala Asia Tenggara Mobile Legends.

Mobile Legends : AirAsia Saiyan protes, tarik diri daripada MSC
Selepas mengambil keputusan untuk menarik diri daripada MSC, AirAsia Saiyan turut bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur, RevivaLTV.

Mobile Legends: Bila kuasa 'Super Saiyan' dibuka
AirAsia Saiyan dilihat membuka kuasa Super Saiyan sejak awal perlawanan apabila mengekalkan rekod sembilan Kill (mata menewaskan musuh) sehingga minit ke lima.

Mobile Legends: Peluang 'mati hidup semula' AirAsia Saiyan
Pasukan Mobile Legends Malaysia AirAsia Saiyan berdepan dengan masalah teknikal dalam perlawanan menentang Aerowolf Pro Team sehingga menjejaskan prestasi mereka.

Mobile Legends: 2ez4jepv sah tinggalkan MyA, bakal tubuh pasukan sendiri
Jep yang bermain posisi tank dan mage untuk MyA turut mengakui keserasian dan latihan sebagai satu pasukan memang kurang.