ITU nasib pengusaha gimnasium yang rugi besar apabila terpaksa menamatkan operasi ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Setakat ini, lebih 30 gimnasium sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup di mana kebanyakan peralatan dilonggokkan di sebuah gudang di Seri Kembangan, Selangor.
"Hampir 80 gimnasium telah ditutup ekoran pandemik COVID-19. Ia amat menyukarkan bagi pengusaha untuk menampung dan mengekalkan perbelanjaan kerana tiada pendapatan," kata Presiden Bina Badan Kuala Lumpur, Krishna Kumar.
"Saya ingin berkongsi mengenai salah seorang rakan yang membuka gimnasium dengan bermodalkan hampir mencecah RM700,000 namun ekoran COVID-19 perniagaannya terpaksa ditutup dan hanya dapat menjual balik barangan ini dengan nilai RM25,000 sahaja.
"Saya berharap pihak kerajaan dapat membantu pihak-pihak yang membuka perniagaan gimnasium ini dikurangkan beban dihadapi ketika ini."
Sementara itu, jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, berdepan tugas sukar untuk mempertahankan gelaran Mr Universe dan Asia memandangkan hanya mampu berlatih di rumah.
Dia yang turut memburu pingat emas Sukan SEA Vietnam, November ini memohon campur tangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membela nasib pengusaha gimnasium.
"Saya berasa sedih kerana banyak gimnasium terpaksa ditutup dan ini merupakan kerugian bagi pihak pengusaha. Saya berharap pihak kerajaan akan membenarkan gimnasium dapat dibuka selepas ini," kata Syarul.
"Saya turut berdepan kesukaran bagi membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan akan datang."
Astro Arena
Thu Jan 28 2021

Presiden Bina Badan Kuala Lumpur Krishna Kumar berharap pihak kerajaan dapat membantu pihak-pihak yang membuka perniagaan gimnasium ini dikurangkan beban dihadapi ketika ini. - Gambar hiasan

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.

Tukang masak rugi RM20,000 diperdaya panggilan video individu menyamar anggota polis
Seorang tukang masak rugi RM20,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan panggilan video menerusi aplikasi WhatsApp oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis sejak Januari lepas.

Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.

Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.

Mandur rugi hampir RM250,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang mandur sebuah syarikat tempatan kerugian hampir RM250,000 selepas terperdaya dengan penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud.

Peniaga keropok rugi lebih RM200,000 terperdaya tawaran pinjaman peribadi dalam talian
Seorang peniaga keropok dalam talian mengalami kerugian lebih RM200,000 selepas terperdaya dengan tawaran pinjaman yang tidak wujud di media sosial.

Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

TNB rugi RM441.6 juta akibat kecurian elektrik - Pengarah JSJ
TNB kerugian berjumlah RM441,600,089 akibat kecurian elektrik bagi aktiviti perlombongan bitcoin dalam sejak tahun 2020 hingga September lepas.

Rugi RM2.6 juta diperdaya pembelian Musang King sejuk beku
Mangsa dijanjikan akan menerima durian Musang King sejuk beku dalam tempoh sebulan selepas pembayaran dilakukan.

Pegawai bank rugi lebih RM200,000 angkara 'phone scam'
Seorang pegawai bank kerugian RM260,400 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon.

Wanita rugi RM190,000 terperdaya skim pelaburan mata wang digital
Seorang petugas sebuah sekolah antarabangsa kerugian RM190,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan mata wang digital tidak wujud.