BUTTERWORTH: Pemergian bekas pemain bola sepak Pulau Pinang, Moey Kok Hong, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung awal pagi Rabu, amat dirasai bekas rakan sepasukannya Merzagua Abderrazak.
Mergazua, 57, yang juga Pengarah Teknikal Penang FA berkata ini kerana hubungan mereka bukan setakat rakan di atas padang tetapi Moey sudah dianggap seperti adik sendiri.
"Saya sedih mendengar berita kematian Moey...mendiang bukan sahaja sahabat saya tetapi sudah seperti keluarga sendiri begitu juga dengan rakan sepasukan lain.
"Saya tidak dapat melupakan detik kami bergandingan ketika melawan pasukan Selangor FC di Bukit Jalil pada 1998. Saya menjaringkan gol pertama manakala mendiang (Moey) menendang masuk gol kedua yang menyaksikan kami memenangi perlawanan sekali gus menjuarai Dunhill Liga Perdana 1," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada Rabu, media melaporkan Moey, yang pernah menyarung jersi skuad Harimau Malaya, menghembuskan nafas terakhir pada usia 56 tahun, meninggalkan seorang isteri, Ang Chooi Choon, 54, tiga anak dan empat cucu.
Beliau yang berasal dari Butterworth pernah mewakili Malaysia pada kempen Piala Tiger 1998 dengan beraksi pada perlawanan pertama menentang Singapura di Hanoi, Vietnam, selain turut diturunkan ketika perlawanan persahabatan antara Pilihan Malaysia dan Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 1999.
Mendiang mula bermain bersama Penang FA antara 1987 dan 1992 sebelum berpindah ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diikuti Negeri Sembilan dan Perak sebelum kembali menyarung jersi Pulau Pinang pada 1996 hingga 2002.
Sementara itu, anak kedua mendiang Moey Shih Ying, 27, berkata bapanya memang tidak sihat sejak beberapa hari lepas susulan penyakit jantung dialami lebih lima tahun lepas malah pernah menjalani prosedur angioplasti koronari.
"Pagi semalam di rumah dia tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kami cuba berikan bantuan pernafasan namun disahkan meninggal dunia kira-kira 5 pagi sebaik tiba Hospital Seberang Jaya (HSJ).
"Kami sekeluarga amat berdukacita apatah lagi bapa pergi hanya tiga hari sebelum sambutan Tahun Baharu Cina," katanya ketika ditemui di rumah pengurusan mayat di Mak Mandin di sini.
Menurutnya mayat mendiang akan dibawa untuk upacara pembakaran di Krematorium Berapit, Bukit Mertajam, 10 pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024

Moey menghembuskan nafas terakhir 7 Feb lalu, pada usia 56 tahun, meninggalkan seorang isteri, tiga anak dan empat cucu. - Foto Facebook FA Penang
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Moey Kok Hong seperti adik saya - Merzagua
Mergazua berkata ini kerana hubungan mereka bukan setakat rakan di atas padang tetapi Moey sudah dianggap seperti adik sendiri.