KUALA LUMPUR: Pemain sayap sensasi Selangor, Mohamad Faisal Abdul Halim tidak berasa tertekan meskipun gagal menjaringkan gol sulung bersama Gergasi Merah selepas tiga perlawanan Liga Super musim ini.
Mohamad Faisal menyifatkan perkara itu tidak menjejaskan fokusnya dalam membantu Selangor memburu kemenangan biarpun setiap gol umpama motivasi dan mampu memberi kepuasan kepadanya.
"Sudah tentu saya inginkannya (gol), itu saya punya semangat dan kekuatan, jika jaringkan gol ia satu kepuasan bagi saya. Tetapi kalau lihat balik tahun lepas (bersama Terengganu), tiga perlawanan pertama pun saya tak jaringkan gol tetapi ia akan datang.
"Saya percaya dengan rezeki, kita ada musim yang sangat panjang sampai Disember. Pada saya gol memang penting tetapi yang penting sekarang ialah bantu Selangor menang setiap perlawanan, itu yang utama," katanya selepas aksi menentang Sri Pahang, semalam.
Pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, Selangor bangkit mengikat Sri Pahang 1-1 menerusi tandukan kapten Brendan Gan pada minit ke-88 untuk menyamakan kedudukan selepas Stefano Brundo meletakkan Tok Gajah di depan pada minit ke-74.
Mengulas lanjut, Mohamad Faisal yang lebih mesra disapa Mickey berkata, beliau masih mencari rentak yang sebenar selepas menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu pada Disember tahun lepas.
Pemain berusia 25 tahun itu mengumpul keseluruhan 11 gol dalam kempen Liga Malaysia musim lepas apabila meledak enam gol dalam saingan Liga Super, Piala FA (tiga) dan Piala Malaysia (dua).
Beliau turut memiliki rekod memberangsangkan di pentas antarabangsa selepas menjaringkan keseluruhan sembilan gol dalam kesemua perlawanan bersama pasukan kebangsaan tahun lalu.
Selangor yang belum tewas selepas melakar dua kemenangan di awal musim akan bertandang ke Pulau Pinang untuk bertemu Penang di Stadium Bandaraya, Ahad ini. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023

Mohamad Faisal Abdul Halim tidak berasa tertekan meskipun gagal menjaringkan gol sulung bersama Gergasi Merah selepas tiga perlawanan Liga Super musim ini. - Gambar BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1
Sri Pahang FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1, malam tadi.

Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang
Pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim teruja apabila dapat kembali beraksi di atas padang buat kali pertama.

'Kalau menang semua bagus, bila kalah macam-macam kritikan' - Faisal Halim
Mohamad Faisal tidak mahu memikirkan kritikan yang dilemparkan Selepas persembahan kurang memuaskan dipamerkan di pentas Piala Asia Qatar 2023.

Faisal 'kesal' lepas peluang jaring gol lawan Bahrain
Faisal akui terlepas satu peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama yang mungkin mampu mengubah keputusan akhir perlawanan.

Pan Gon tidak akan ketepikan Faisal
Pan Gon membayangkan akan membantu Faisal bagi memastikan dia berada dalam keadaan terbaik sebelum dua perlawanan persahabatan akan datang.

Mohamad Faisal tidak tertekan, terus fokus bantu Selangor raih kemenangan
Mickey masih mencari rentak yang sebenar selepas menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu pada Disember tahun lepas.

Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.

Piala AFF: Perlu lebih mantap, 90 minit di Thailand bukan mudah - Faisal Halim
Thailand yang merupakan juara bertahan dan juara enam kali, berjaya mengawal 90 minit permainan di Bukit Jalil, namun terpaksa akur tewas di hadapan lebih 60,000 penyokong tuan rumah.

Faisal mahu terus jadi 'mesin gol' ketika bertemu Vietnam
Pemain sayap itu berazam melebarkan rekod jaringannya dan memastikan Malaysia meraih kemenangan.

'Pan Gon cabar saya muncul penjaring terbanyak Piala AFF' - Faisal Halim
Mohamad Faisal berkata cabaran tersebut diberikan Pan Gon yang menaruh harapan tinggi untuk beliau merangkul gelaran itu.