KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin menjadi pilihan utama mengisi slot pelumba lelaki ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris, dijadual berlangsung dari 28 Ogos-8 Sept ini.
Jurulatih berbasikal para negara Sallehudin Mohd Noh berkata Mohamad Yusof kian pasti menyambar slot diperolehi Malaysia susulan prestasi memberangsangkan sejak kebelakangan ini, sekali gus membuat penampilan kedua di Sukan Paralimpik selepas Tokyo 2020.
"Memang kita namakan Muhamad Yusof sebagai calon kuat kita untuk ke Sukan Paralimpik 2024 namun pengumuman rasmi hanya dibuat selepas tempoh kelayakan berakhir pada 30 Jun ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Atlet berusia 26 tahun itu mencipta kejayaan membanggakan dengan merangkul gangsa ujian masa 1 kilometer (km) lelaki C1 (kecacatan fizikal) pada Kejohanan Trek Berbasikal Para Dunia 2024 di Rio de Janeiro, Brazil, minggu lepas.
Sebelum itu, pelumba dari Kuala Kangsar berkenaan turut mencipta sensasi dengan menjadi wakil negara pertama menaiki podium pada siri pertama Piala Dunia Berbasikal Para Lebuh Raya 2024 di Adelaide, Australia, Januari lepas dengan merangkul gangsa acara ujian masa lebuh raya.
Dalam pada itu, Sallehudin berkata Mohamad Yusof mampu bersaing dalam beberapa acara antaranya ujian masa lelaki 1km C1-3, kejar mengejar 3,000 meter (m) lelaki C1 dan lebuh raya, sekiranya sah beraksi di Paris kelak.
Bagaimanapun, beliau berkata peluang lebih cerah buat anak buahnya itu merangkul pingat dalam kejar-mengejar 3,000m lelaki C1 berbanding acara lain.
"Acara yang Mohamad Yusof menang gangsa di Brazil tempoh hari sedikit berbeza di Paris 2024 nanti kerana ia menggabungkan kelas C1 hingga C3, jadi kita perlu lihat peluang kita balik.
"Acara kejar-mengejar 3,000m lelaki C1 pula tidak digabungkan dengan kelas lain, jadi peluang mungkin ada dan harap beliau dapat meningkatkan kayuhan bersaing dengan pelumba negara lain," katanya.
Sallehudin sebelum ini berkata selain slot lelaki, Malaysia juga telah mendapat satu slot wanita dan berharap akan menambah lagi kuota pelumba untuk beraksi di temasya sukan berprestij dunia itu menerusi dua lagi siri kejohanan Piala Dunia Berbasikal Para Lebuh Raya, Mei ini.
Siri kedua kejohanan tersebut bakal berlangsung di Ostend, Belgium dari 2 hingga 5 Mei diikuti pusingan terakhir di Maniago dari 16 hingga 19 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
![Mohamad Yusof sandaran utama ke Sukan Paralimpik 2024 Mohamad Yusof sandaran utama ke Sukan Paralimpik 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711792046_YusofHafizi.jpg)
Mohamad Yusof menjadi pilihan utama mengisi slot pelumba lelaki ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris, dijadual berlangsung dari 28 Ogos-8 Sept ini. - Foto BERNAMA
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Pelakon, Siti Saleha hari ini sah menjadi isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
Langgan Astro One & menang hadiah RM200,000
Ramadan dan Syawal tahun ini lebih meriah dengan kempen "Menang Macam-Macam dengan Astro One"!
Dari 1 Februari hingga 26 April 2025, pelanggan Baharu dan pelanggan Astro sedia ada bukan sahaja menikmati hiburan berkualiti, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
Dari 1 Februari hingga 26 April 2025, pelanggan Baharu dan pelanggan Astro sedia ada bukan sahaja menikmati hiburan berkualiti, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
48,000 ayam mati dalam kebakaran ladang penternakan di Jitra
Sebanyak 48,000 ekor ayam mati selepas ladang penternakan di Kampung Paya Muyud dekat Jitra musnah dalam kebakaran malam tadi.
Kita semua pinjaman - Wan Azizah beri semangat pada Muhammad Khairuddin
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail titipkan kata semangat kepada Muhammad Khairuddin Saari yang kehilangan isteri sedang hamil dan empat orang anaknya dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, awal pagi Khamis lalu.
[TERKINI] Polis tahan suspek kes bunuh peniaga makanan di Terengganu
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes bunuh melibatkan peniaga makanan wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini, Khamis lepas.
[TERKINI] Pemandu Honda yang dikejar polis, direman 7 hari
Pemandu kereta Honda berwarna kuning yang dikenali dengan panggilan 'Along Kubur' yang tular selepas dikejar polis di Kluang semalam, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Sabtu.
![Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739590442_UNIFILlubnanUNIFIL.jpg)
Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut
Seorang anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) cedera pada Jumaat dalam serangan ke atas konvoi berhampiran lapangan terbang Beirut.
![Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000! Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739587679_TBastromeriah.jpg)
Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000!
Kempen ini berlangsung sehingga 26 April 2025, memberi peluang kepada pelanggan baharu dan pelanggan Astro sedia ada.
![Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739591926_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar
Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipertandingkan atau sebaliknya dalam pemilihan Mei depan, akan diputuskan pucuk pimpinan.
![Dua beradik hilang di Seri Kembangan Dua beradik hilang di Seri Kembangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739591743_hebahanoranghilang.jpg)
Dua beradik hilang di Seri Kembangan
Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.
![Paralimpik Paris 2024: Yusof Hafizi pelumba terbaik Asia Paralimpik Paris 2024: Yusof Hafizi pelumba terbaik Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725490647_MohamadYusofHafizi.jpg)
Paralimpik Paris 2024: Yusof Hafizi pelumba terbaik Asia
Yusof Hafizi melintasi garisan penamat dengan catatan masa 22 minit 27.91 saat (s) sekali gus muncul pelumba terbaik Asia.
![Paralimpik Paris 2024: Dua kali gangsa di Kejohanan Dunia bukan jaminan buat Yusof Hafizi Paralimpik Paris 2024: Dua kali gangsa di Kejohanan Dunia bukan jaminan buat Yusof Hafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41725059547_AtletBasikalParali.jpg)
Paralimpik Paris 2024: Dua kali gangsa di Kejohanan Dunia bukan jaminan buat Yusof Hafizi
Jaguh berbasikal para negara itu dijangka berdepan rintangan untuk mengulangi magis pernah dilakarnya pada kejohanan dunia.
![Kayuhan bersama bapa bawa Mohamad Yusof Hafizi ke pentas paralimpik Kayuhan bersama bapa bawa Mohamad Yusof Hafizi ke pentas paralimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724808181_MohamadYusofHafizi.jpg)
Kayuhan bersama bapa bawa Mohamad Yusof Hafizi ke pentas paralimpik
Aktiviti kayuh basikal keliling kampung bersama bapa ketika umurnya 16 tahun menyebabkannya jatuh cinta dengan sukan itu.
![Mohamad Yusof sandaran utama ke Sukan Paralimpik 2024 Mohamad Yusof sandaran utama ke Sukan Paralimpik 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711792046_YusofHafizi.jpg)
Mohamad Yusof sandaran utama ke Sukan Paralimpik 2024
Jaguh berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin menjadi pilihan utama mengisi slot pelumba lelaki ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris, dijadual berlangsung dari 28 Ogos-8 Sept ini.
![Mohamad Yusof tekad buru jersi pelangi UCI Mohamad Yusof tekad buru jersi pelangi UCI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711574997_MohamadYusofHafizi.jpg)
Mohamad Yusof tekad buru jersi pelangi UCI
Mohamad Yusof berkata semangatnya tidak pernah luntur malah akan terus berusaha keras pada sesi latihan bagi mencapai misi sebagai juara.
![Yusof terus cemerlang di India Yusof terus cemerlang di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708811851_MohamadYusofHafizi.jpg)
Yusof terus cemerlang di India
Mohamad Yusof menumpaskan pencabarnya, Mohammaed Almarri dari Arab Saudi dalam saingan dua penjuru sekali gus menambah koleksi emas.
![Paralimpik Tokyo 2020: Yusof Hafizi akhiri final ujian masa C1 di tempat kelima Paralimpik Tokyo 2020: Yusof Hafizi akhiri final ujian masa C1 di tempat kelima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51630380731_TBParalimpikYusof.jpg)
Paralimpik Tokyo 2020: Yusof Hafizi akhiri final ujian masa C1 di tempat kelima
Ini merupakan penampilan pertama Yusof Hafizi di pentas Sukan Paralimpik.