KUALA LUMPUR: Atlet olahraga Mohamad Zikri Zakaria dan pemanah compound Nur Jannaton Abdul Jalil, masing-masing dinobatkan sebagai Atlet Lelaki dan Wanita Terbaik temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 pada Majlis Perasmian Penutupan malam ini.
Mohamad Zikri dari Perak dipilih sebagai atlet terbaik atas kejayaannya merangkul tiga pingat emas menerusi acara lempar cakera, merejam lembing dan lontar peluru F55 (berkerusi roda), kesemuanya dengan memecahkan rekod temasya.
Atlet berusia 23 tahun itu mencatatkan rekod baharu lempar cakera dengan lemparan sejauh 22.75 meter (m) mengatasi catatan lama 18.45m, rekod merejam lembing dengan 20.97m (18.26m) dan rekod lontar peluru dengan jarak 9.61m (7.26m).
Pencapaian lontar peluru meletakkan beliau di kedudukan kedua Asia serta kedudukan keempat bagi dua acara lain, sekali gus menjadikannya sebagai pencabar podium di Sukan Asia Hangzhou dan atlet pilihan juara di Sukan Para ASEAN (APG) Kemboja, tahun depan.
Nur Jannaton, 27, juga dari Perak turut merangkul tiga emas menerusi acara 50m individu, pusingan Olimpik Individu dan acara 50m pasukan campuran bersama Zafi Rahman Mat Saleh.
Panahan cemerlang itu berjaya meletakkan Nur Jannaton dalam senarai 25 atlet terbaik dunia dan antara lima terbaik Asia untuk acara compound wanita.
Sementara itu, kontinjen Sabah secara rasminya dinobatkan juara keseluruhan buat julung-julung kalinya selepas meraih 54 pingat emas, 36 perak dan 35 gangsa pada temasya kali ini yang berlangsung selama enam hari sejak Selasa lepas.
Juara bertahan Sarawak, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kedua dengan buruan 50 emas, 47 perak dan 49 gangsa, diikuti Johor di tempat ketiga dengan 38 emas, 30 perak dan 25 gangsa.
Sarawak merupakan kontinjen paling berjaya dalam Para Sukma apabila muncul juara keseluruhan 13 kali berturut-turut.
Ketika edisi terakhir di Perak pada 2018, Sarawak mengumpul 61 pingat emas, 62 perak dan 60 gangsa manakala Sabah menamatkan saingan di tempat kedua (36-28-30).
Seramai 1,315 atlet mewakili 15 kontinjen bersaing merebut 290 pingat emas yang ditawarkan dalam 10 jenis sukan - boccia, renang, badminton, catur, boling padang, memanah, olahraga, ping pong, powerlifting dan tenpin boling..
Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker. Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D.Shahriman Zaharuddin serta Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 06 2022

Atlet Lelaki Terbaik Para olahraga Mohammad Zikri Zakaria (kiri) dan Atlet Wanita Terbaik Para memanah Nur Jannaton Abdul Jalil bergambar bersama trofi yang dimenangi mereka. - Foto BERNAMA

'Tak perlu tunggu pindaan Akta 522 untuk dakwa pihak terlibat tipu beras' - Hassan
Kerajaan digesa bertindak segera terhadap kilang beras, pemborong dan peruncit yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import.

Bantuan RM100 juta Program Tanam Semula Sawit disasar dimanfaat sepenuhnya pada Jun - Johari
Johari berkata kemajuan penanaman semula kelapa sawit negara masih ketinggalan.

Kerajaan tambah jaminan RM10 bilion bagi sklim kredit perumahan bantu 20,000 peminjam
Peningkatan itu mengambil kira perkembangan semasa dengan ramai yang bekerja dalam sektor informal dan menjadi pekerja gig.

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.
Rasuah RM53 bilion di Indonesia, 7 individu ditahan
Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.
Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian pada Rabu.
AWANI Ringkas: Semua saksi dipanggil minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aerotren KLIA siap 86 peratus, dijangka beroperasi suku tahun 2025
Status terkini projek penggantian Aerotren KLIA adalah pada kadar 86 peratus sehingga 24 Januari lalu.

Anak pemilik kebun buah didenda RM3,000 ugut Menteri Pelancongan
Anak tauke kebun buah didenda mengugut mahu mengancam nyawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
PAC syor LHDN tambah baik proses pentaksiran cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan lima langkah penambahbaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memastikan kutipan cukai lebih efisien.

Mohamad Zikri, Nur Jannaton atlet terbaik Para Sukma 2022
Mereka dinobatkan sebagai Atlet Lelaki dan Wanita Terbaik temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 pada Majlis Perasmian Penutupan malam ini.