BANGKOK: Atlet Muay Thai Malaysia, Mohammad Rifdean Masdor menepati ramalan apabila melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 di sini pada Jumaat.
Atlet berusia 19 tahun Program Podium Majlis Sukan Negara (MSN) itu layak ke final bagi kategori 48 kilogram (kg) selepas lawannya dari Sri Lanka menarik diri.
Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu akan bertemu wakil Thailand Naruephon Chittra pada pertarungan yang diadakan di Stadium Nasional di sini, hari ini.
Perlawanan esok mengulangi pertembungan kedua-dua atlet itu pada pusingan akhir Kejohanan Muay Thai Dunia 2019 yang menyaksikan Mohamad Rifdean meraih perak apabila kalah tipis satu mata kepada lawannya itu.
Ketua Jurulatih Skuad Muay Thai Perak Bernard Radin berkata anak buahnya itu mempamerkan aksi cemerlang pada kejohanan kali ini walaupun hampir dua tahun tidak menyertai pertandingan berikutan pandemik COVID-19.
"Untuk pertembungan pada Sabtu, kita perlu bekerja keras dengan strategi yang lebih baik," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.
Sehingga 7 malam pada Jumaat, skuad Muay Thai Malaysia yang berentap pada Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 memenangi tiga pingat emas iaitu menerusi Texas Jeremy Lo (J12-13 Remaja 44 kg), Ahmad Akid Mohd Nazrul Hisyam (J12-13 Remaja, 54 kg) dan Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (J11-13 Remaja, 32-36 kg).
Selain itu, pasukan negara turut membawa pulang dua perak dan lima gangsa.
Malaysia menghantar atlet Muay Thai berusia 10 hingga 30 tahun dalam pelbagai kategori iaitu Senior, Bawah 23 dan Remaja pada kejohanan yang pertama kali diadakan sejak pandemik COVID-19 menular di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021

Atlet berusia 19 tahun Program Podium Majlis Sukan Negara (MSN) itu layak ke final bagi kategori 48 kilogram (kg) selepas lawannya dari Sri Lanka menarik diri. - Foto fail/BERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.

Petinju Thailand betulkan bahu terkehel dalam 10 saat
Petunju Thai tular selepas dia membetulkan bahunya yang terkehel (dislocated) hanya dengan menggunakan tali gelanggang.

Cabar petinju lain dulu, pesan Denis Puric buat Jojo
Puric manyarankan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo supaya memilih lawan yang lebih sesuai.

One 168: "Syukur Alhamdulillah, Malaysia Boleh!" - Jojo
Lebih bermakna, kejayaan itu juga diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.

Jojo tumbangkan Cruz menerusi 'knockout' di pusingan pertama
Jaguh Muay Thai negara Johan 'Jojo' Ghazali, berjaya menumbangkan Josue Cruz di pusingan pertama pada aksi ONE 168 di Denver, Amerika Syarikat.

One FC 168: Jojo petinju Muay Thai berbakat - Rodtang
Peningkatan bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali dalam ONE Championship telah dicanang sebagai pengganti Rodtang Jitmuangnon.

SUKMA 2024: 33 emas jadi rebutan dalam acara seni mempertahankan diri esok
Sukan mempertahankan diri kembali menjadi tumpuan apabila mempertaruhkan 32 daripada keseluruhan 78 pingat emas yang ditawarkan pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 esok.

Muay Thai: Mohd Rifdean raih kemenangan kedua, tumbangkan Petaek dengan TKO
Atlet Muay Thai negara Mohd Rifdean Masdor meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan lawannya dari Thailand, Petaek Sitbigjasskonrakpathum menerusi Technical Knockout (TKO).

Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.

Sensasi Muay Thai negara 'Jojo' buat kemunculan istimewa di gelanggang AWANI Pagi
Petarung sensasi muda negara dari ONE Championship, Johan 'Jojo' Ghazali bakal membuat penampilan istimewa di AWANI Pagi, Sabtu ini.