KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) mengesahkan tiga pemain bakal menyertai kelab di bawah naungannya iaitu Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.
Sabah FA menerusi kenyataan di laman rasmi Facebooknya memaklumkan, mereka ialah pemain kebangsaan Indonesia Saddil Ramdani, bekas pemain kebangsaan Malaysia berpengalaman, Mohd Amri Yahyah dan bekas pemain bawah 23 Malaysia N.Thanabalan.
Kenyataan itu menyebut Saddil, 22, seorang pemain sayap menyertai skuad The Rhinos daripada Bhayangkara Solo FC di Indonesia, pada musim lepas, dan pernah bermain untuk pasukan Pahang pada saingan liga negara ini musim 2019.
Saddil, yang telah memperoleh sembilan caps ketika dengan skuad kebangsaan Indonesia, dalam kenyataan sama menegaskan, fokus beliau ketika ini ialah untuk memajukan diri bersama Sabah FC dan menjaga keluarganya.
Kenyataan itu juga menyebut nama Mohd Amri, seorang pemain yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak Malaysia, serta pernah bermain untuk beberapa pasukan iaitu Selangor, Johor Darul Ta'zim, Melaka United dan Sarawak United.
Katanya penyertaan penyerang berpengalaman seperti Mohd Amri, yang memiliki 64 caps dan menjaringkan 13 gol buat pasukan kebangsaan Malaysia, membolehkan Sabah FC menerapkan serangan serta corak permainan lebih tersusun, pada saingan Liga Super musim ini.
"Usia yang telah mencecah 40 tahun hanyalah angka buat beliau, (Stadium) Likas pula bukanlah asing buat beliau. Untuk rekod, kali terakhir Amri Yahyah beraksi di Likas ialah ketika Selangor tewas 2-1 di tangan Sabah dalam kancah Piala Malaysia 2018," menurut kenyataan Sabah FA itu.
Thanabalan, 26, pula adalah seorang lagi pemain sayap yang cukup dikenali dengan prestasi mantap beliau ketika bersama skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan Malaysia sepanjang 2015 hingga 2018.
Beliau sebelum ini pernah menabur bakti bersama pasukan kelahirannya Negeri Sembilan sebelum menyertai Kedah dan beraksi bersama Perak II pada musim lepas.
"Semoga dengan kehadiran Thanabalan akan memberikan lebih banyak pilihan buat (Ketua Jurulatih) Kurniawan Dwi Yulianto di bahagian sayap Sabah FC, di samping boleh bertindak sebagai pemain tengah menyerang," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021

Amri antara tiga pemain sertai Sabah FC. - BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.

Sabah pinjamkan Joao Pedro ke kelab Vietnam
Joao Pedro meninggalkan kelab Liga Super itu tiga bulan sebelum perjanjian yang dimeterai pada Ogos lalu berakhir.

Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji aksi anak-anak buahnya yang 'all-out' sekali gus berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia.

Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.

Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.

Liga Super: Kurang yakin punca kekalahan - Sabah FC
Stano tetap positif bahawa Sabah FC mampu untuk mencapai sasaran berada dalam kedudukan tiga teratas Liga Super bagi musim ini.

Harimau Selatan 'gigit' The Rhinos 4-0
Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pertama selepas terikat 0-0 sepanjang 45 minit permainan.

Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.

Sabah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya
Sabah menerima saingan sengit yang menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.

Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.