Beliau yang hanya selangkah untuk diumumkan mengisi jawatan kerusi panas FAM pada kongres pemilihan 15 Feb depan berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
"Kita pun selama ini (dalam barisan kepimpinan FAM penggal 2021-2025), saya sebagai Naib Presiden kita memang mengikut apa yang Tan Sri (Hamidin) buat selama ini.
"Tak ada apa-apa benda baharu, cuma mungkin kita tambah baik dengan segala aspek bola sepak negara," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian antara FAM dan PUMA Malaysia di sini semalam.
Beliau dalam masa tidak menolak kemungkinan mendapatkan buah fikiran Hamidin bagi membantunya mengemudi FAM di masa akan datang, selepas menjadi antara individu yang banyak berkongsi ilmu serta nasihat sebelum ini.
"Nasihat itu sentiasa, pasal kita selama ini pun sentiasa bekerjasama jadi sentiasa ada (nasihat), dan kita pun belajar daripada Tan Sri selama tujuh hingga lapan tahun ini. Selepas ini juga mungkin kita akan minta nasihat dan pandangan beliau secara berterusan," katanya.
Mohd Joehari dalam masa sama mengucapkan terima kasih kepada semua ahli gabungan yang mencalonkan namanya selain berazam membawa FAM ke satu tahap lebih baik.
-- BERNAMA