KUALA LUMPUR: Tan Sri Mokhzani Mahathir mempertahankan jawatan presiden untuk menerajui Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) buat penggal kedua berturut-turut pada pemilihan sesi 2023 hingga 2026.
Pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk sukan permotoran negara itu menyaksikan Mokhzani meraih 13 undi ahli gabungan untuk menewaskan legenda sukan permotoran dua roda negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dengan lima undi dalam pertandingan satu lawan satu.
Mokhzani, yang bersyukur dapat mengekalkan kerusi nombor satu MAM, berikrar untuk membasmi perlumbaan haram lebih-lebih lagi selepas insiden perlumbaan drag pada 'Malaysia Drag Bike National ET Record Championship Road Tour 2023' di Pekan, Pahang, bulan lepas.
"Isu pembasmian perlumbaan haram bukan terletak pada MAM sahaja namun kita perlu bekerjasama semua dengan pihak termasuk ahli gabungan, Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat Pesuruhjaya Sukan, polis dan majlis daerah di setiap negeri.
"Semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan perlumbaan dapat berlangsung dengan selamat baik kepada peserta mahupun penonton," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Perlumbaan berlangsung di Pekan itu bertukar tragedi selepas seorang pelumba drag, Muhammad Hattem Rashdi, 22, meninggal dunia apabila motosikal ditungganginya terbabas pada hari pertama saingan.
Mokhzani juga berkata pihaknya akan mengutamakan lebih banyak program di akar umbi bagi mencungkil bakat baharu sukan permotoran negara.
Pada masa sama, katanya, MAM akan mencari jalan dalam menarik lebih banyak lagi minat pihak swasta untuk melabur dalam sukan permotoran bagi memastikan ia dapat berkembang dengan baik.
Sementara itu, penyandang Timbalan Presiden MAM, Datuk Mohd Rhiza Gahzi pula memperoleh 13 undi sekali gus mengekalkan jawatan dengan menewaskan Kuan Meng Heng yang mendapat lima undi.
Jawatan Setiausaha Agung juga menyaksikan S. N. Nanthan masih diberi kepercayaan ahli gabungan yang memberinya 13 undi sekali gus mengatasi lawannya, Adien Yen Khalid selepas hanya mendapat lima undi.
Prinsipal pasukan RNF MotoGP Racing Team, Datuk Razlan Razali juga masih memegang jawatan bendahari walaupun berkongsi sembilan undi dengan seorang lagi calon, Jed David, sebelum Mokhzani menggunakan kuasanya memilih Razlan untuk penggal kedua berturut-turut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
![Mokhzani kekal Presiden MAM, fokus basmi perlumbaan haram Mokhzani kekal Presiden MAM, fokus basmi perlumbaan haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616424727_itarAntarabangsaSe.jpg)
Tan Sri Mokhzani Mahathir mempertahankan jawatan presiden untuk menerajui Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) buat penggal kedua berturut-turut pada pemilihan sesi 2023 hingga 2026. - Gambar fail/BERNAMA
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739958065_HajijiNoor.jpg)
Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
![Bantuan kepada veteran permotoran ikut kemampuan MAM - Mokhzani Bantuan kepada veteran permotoran ikut kemampuan MAM - Mokhzani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737068483_MokhzaniMahathir.jpg)
Bantuan kepada veteran permotoran ikut kemampuan MAM - Mokhzani
Keputusan mengenai bantuan itu bukan diputuskan seorang diri, tetapi perlu melalui beberapa proses termasuk perbincangan bersama barisan komuniti.
![Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714132726_TBMASHUP.jpg)
Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani
Mirzan dan Mokhzani memaklumkan notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir.
![Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726638464_TBAZAMBAKI.jpg)
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714132726_TBMASHUP.jpg)
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714132726_TBMASHUP.jpg)
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
![Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616424727_itarAntarabangsaSe.jpg)
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
![Kumpul maklumat selama 43 tahun lalu usaha mustahil - Anak Tun M Kumpul maklumat selama 43 tahun lalu usaha mustahil - Anak Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707407546_AnakTunM.jpg)
Kumpul maklumat selama 43 tahun lalu usaha mustahil - Anak Tun M
Dalam satu kenyataan bersama, Mokhzani dan Mirzan menegaskan bahawa SPRM telah memberi tempoh 30 hari untuk memenuhi permintaan itu.
![Mokhzani kekal Presiden MAM, fokus basmi perlumbaan haram Mokhzani kekal Presiden MAM, fokus basmi perlumbaan haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616424727_itarAntarabangsaSe.jpg)
Mokhzani kekal Presiden MAM, fokus basmi perlumbaan haram
Tan Sri Mokhzani Mahathir mempertahankan jawatan presiden untuk menerajui Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) buat penggal kedua berturut-turut pada pemilihan sesi 2023 hingga 2026.
![Maxis lantik Goh sebagai CEO baharu berkuat kuasa 1 Disember Maxis lantik Goh sebagai CEO baharu berkuat kuasa 1 Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666997846_SeowEngCEOMaxis.jpg)
Maxis lantik Goh sebagai CEO baharu berkuat kuasa 1 Disember
Goh akan secara rasminya mengambil alih jawatan CEO Maxis, Gokhan Ogut, yang menamatkan perkhidmatannya pada 30 Nov 2022.
![Proton X50, Taman Tasik Putrajaya dan Putrajaya 2020 dalam video Tun Mahathir Proton X50, Taman Tasik Putrajaya dan Putrajaya 2020 dalam video Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618137005_TunDrMahathirMoha.jpg)
Proton X50, Taman Tasik Putrajaya dan Putrajaya 2020 dalam video Tun Mahathir
Yayasan Kepimpinan Perdana, Taman Tasik Putrajaya Proton X50, Putrajaya 2020, antara dilihat dalam video aktiviti berbasikal Dr Mahathir.