RAUB: Pelumba UAE Team Emirates Juan Sebastian Molano mempamerkan kayuhan cemerlang sekali gus menjuarai saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Kuala Klawang ke Raub, di sini hari ini.
Pelumba dari Colombia itu melepasi garisan penamat dalam satu kelompok besar dengan catatan masa empat jam 09 minit 20 saat meliputi jarak kayuhan 178.9 kilometer (km).
Molano menewaskan pelumba ARA Pro Racing Sunshine Coast Craig Wiggins, di tempat kedua sementara Gleb Syritsa daripada pasukan Astana Qazaqstan Team di tempat ketiga.
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan kali ke-20, Molano dalam LTdL.
"Saya gembira dengan kemenangan ini dan terima kasih kepada seluruh pasukan. Saya melalui hari yang baik. Kemenangan ini untuk pasukan dan juga penting buat saya," katanya selepas tamat perlumbaan.
Ketua hakim pertandingan memberikan catatan tempoh kayuhan yang sama 4:09.20 saat kepada 10 pelumba yang melintasi garisan penamat secara berkumpulan.
Selepas perlumbaan peringkat kedua ini, Syritsa kekal menyarung Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan selain Jersi Hijau (Raja Pecut).
Sementara Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia menjadi milik Jambaljamts Sainbayar dari pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG).
Sementara pelumba TSG, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff merampas Jersi Merah (Raja Bukit) daripada rakan sepasukannya Sainbayar, selepas menakluki dua zon pendakian.
Peringkat ketiga esok dari Putrajaya ke Genting Highlands, sejauh 123.7km menampilkan tiga zon pecutan di Semenyih, Ampang Jaya dan Taman Melati, serta empat zon pendakian di Tekali, Look Out Point Ampang termasuk Goh Tong Jaya dan Genting Highlands selaku zon pendakian berstatus Hors.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Molano (tengah) menewaskan pelumba ARA Pro Racing Sunshine Coast Craig Wiggins (kiri), di tempat kedua sementara Gleb Syritsa (kanan) daripada pasukan Astana Qazaqstan Team di tempat ketiga. - Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.

LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.

Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.

KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.

LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.

LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.

LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.

Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024
Kern Pharma yang berpengkalan di Sepanyol melakukan enam pertukaran pelumba dengan mempertaruh Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utama.