Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meminda kriteria pemilihan atlet kebangsaan untuk mengambil bahagian dalam temasya sukan seperti Sukan Asia dan Sukan SEA bermula tahun ini.
Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata kriteria pemilihan akan ditentukan berdasarkan lima peringkat temasya sukan - peringkat dunia, peringkat Asia, peringkat SEA, peringkat belia dan lain-lain peringkat.
"Satu daripada perubahan utama dalam kriteria pemilihan akan berdasarkan musim semasa terbaik dalam tempoh 12 bulan, bukannya keputusan di temasya sukan sebelumnya, untuk layak bagi kategori dibiayai sepenuhnya atau dibiayai sendiri," kata Mohamad Norza.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Eksekutif MOM untuk 2018 - 2021 di Wisma OCM, di sini pada Selasa.
Menurut laporan Bernama, Mohamad Norza berkata, pemilihan ketua kontinjen untuk temasya sukan akan dibuat menerusi satu senarai calon yang dipilih MOM.
Bagi atlet yang tidak disenaraikan, mereka boleh mengemukakan permohonan menerusi pencalonan oleh persatuan sukan kebangsaan dan sebuah jawatankuasa pencarian akan dibentuk bagi melihat calon-calon sesuai dan mempelawa mereka untuk memohon.
Mohamad Norza berkata jawatankuasa pemilihan dianggotai beliau sendiri selaku Presiden MOM, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, dua anggota bebas yang berpengalaman luas dalam sukan dan Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib yang menjadi ex officio jawatankuasa tanpa hak mengundi.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza dilaporkan berkata, Filipina yang bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2019 pada November bersetuju untuk menganjurkan 56 sukan yang mengandungi 523 acara.
Katanya, MOM telah menjemput wakil Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina untuk datang ke Kuala Lumpur pada 23 Jan ini bagi memberi taklimat terperinci kepada kesemua 23 persatuan sukan kebangsaan negara ini.
Ini kerana, menurutnya, pihak tuan rumah akan memperkenalkan beberapa jenis sukan baharu pada sukan dwitahunan itu.
Sementara itu, beliau menambah, MOM akan membuka permohonan kepada pengisian jawatan Ketua Pegawai Operasinya bagi meningkatkan keberkesanan majlis itu dalam memainkan peranannya sebagai badan sukan kebangsaan di dalam negara.
"Kami akan mengiklankan jawatan itu tidak lama lagi dan saya telah memberikan mandat kepada Datuk Mohd Nazifuddin untuk mengendalikan perkara ini," kata Mohamad Norza lagi.
Astro Awani
Tue Jan 08 2019

Mohamad Norza menunjukkan dokumen Pemilihan Kontinjen Negeri MOM pada sidang media di Kuala Lumpur, 8 Jan, 2019. Turut serta, Timbalan Presiden MOM Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (kiri) dan Mohd Nazifuddin (kanan). --fotoBERNAMA
MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan orang ramai berwaspada dengan laman sesawang palsu yang menyamar sebagai platform rasmi kementerian itu bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.

Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.

Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.

Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.