PHNOM PENH: Momentum pungutan pingat emas kontinjen negara masih perlahan selepas berakhir hari keempat temasya Sukan SEA 2023 apabila sekadar menambah lima pingat emas pada Selasa.
Walaupun pencapaian itu adalah terbaik setakat ini, ia bagaimanapun tidak mengubah kedudukan kem Malaysia yang kekal di kedudukan ketujuh dengan kutipan keseluruhan 15 pingat emas, 15 perak dan 32 gangsa.
Pada saingan semalam, olahraga menyumbangkan dua emas, dan masing-masing satu daripada acara terjun, renang serta snuker.
Muhammad Syafiq Puteh menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia semalam apabila mengungguli acara 3 meter (m) papan anjal lelaki, sebelum pelari negara Shereen Samson Vallabouy dan Umar Osman, masing-masing mengungguli acara 400 meter wanita dan lelaki.
Lebih manis apabila Umar mencipta rekod baharu kebangsaan 46.34 saat (s) sekali gus meleburkan rekod lama 46.41s milik Mohd Zaiful Zainal Abidin, yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Brunei pada Julai 2001.
Skuad renang negara pula boleh menarik nafas lega apabila perenang Khiew Hoe Yean menghadiahkan pingat emas sulung bagi Malaysia dalam acara 200m gaya bebas lelaki selepas empat hari acara berkenaan berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini.
Pemain snuker negara Moh Keen Hoo melengkapkan pencapaian lima pingat emas Malaysia semalam, apabila mengungguli acara 6-Red perseorangan lelaki.
Selepas tamat saingan semalam, menyaksikan Thailand yang sebelum ini berada di tempat ketiga, memintas untuk mendahului carta pungutan pingat dengan meraih keseluruhan 40 emas, 30 perak dan 45 gangsa.
Vietnam kekal di kedudukan kedua selepas mengutip 39 pingat emas, 39 perak dan 46 gangsa manakala tuan rumah, Kemboja yang sebelum ini berada di tempat teratas jatuh dua anak tangga di posisi ketiga dengan 39-39-39.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023

Antara rakyat Malaysia yang hadir memberi sokongan kepada atlet negara di Sukan SEA 2023 di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, 9 Mei. --fotoBERNAMA

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.